Friday, December 21, 2012

Satu Saat ! :


                                             

Sahabat Aku Suka Dengar Lagu Ni.
walaupun aku tahu dia tak tahu yang aku tahu! :P


Sahabat :)
korang mesti ada sahabat kan?
aku pun ada juga.
tapi aku dah hilang dia.
sahabat yang aku boleh kongsi ape pun.
aku rindu dia.
aku sayang dia sangat!
aku tak mampu nak tanggung rindu ni dah.
serius aku sangat rindukan dia.
kalau aku mati pun,aku nak dia ada bersama aku.
kalaulah dia tahu betapa aku rindukan dia.
tapi
mungkin ini yang dah tertulis.
persahabatan aku dan dia putus sebab cinta.
cinta yang aku rasa tak patut ada
tapi aku tak boleh kawal dah ape yang aku rasa.
sampai satu tahap aku tak boleh tengok gambar dia.
kenapa?
sebab aku rindu dia!
rindu sahabat aku tu!
kan bagus kalau dia tahu,
aku harap sangat satu hari nanti aku boleh jumpa dengan dia walaupun cuma satu saat.
aku cuma minta satu saat je :)
dia je yang banyak tahu tentang kisah hidup aku.
kami tak simpan rahsia walaupun satu,
semua kami share sama-sama!
aku rindu waktu dulu-dulu.
selalu makan aiskem purple dengan dia.!
makan sampai sorang dua kekadang.
then pusing unisel sama-sama
berdua dengan dia.
cerita tentang apa je!
rasa bahagia sangat!
sumpah aku rindu waktu tu,.
kan bagus kalau masa boleh berulang balik!
aku nak masa tu je!
dia faham ape yang aku mahu,
dia faham apa kehendak aku!
tapi.
aku yang selalu rasa bersalah sebab aku punca hilang dia!
hilang mungkin tak akan dapat balik sahabat cam tu
sumpah aku rindu!
kitaorg suka share minat yang same
selalu share resepi yang kitaorg masak
then mesti gaduh!
dua-dua sengal kambeng!
sorang hot setap then sorang hot sentap!
bestkan?
aku rindu sangat waktu!
tapi semuanyaa dah takda.
aku sorang-sorang tanpa dia.
aku perlukan dia untuk dengar ape hati aku fikirkan sekarang!
aku tak nak banyak!
satu saat pun dah cukup untuk aku!
cara dia layan aku.cara dia bercakap dengan aku.cara dia msg dgn aku!
aku rindu saangaaat!
rindu setengah mati
sampai haritu aku tak bagi yana letak gambar avatar dengan dia.
sebab aku rasa bersalah,rasa bodoh dan rindu sangat-sangat!
aku cuma mampu berdoa agar satu hari nanti Allah akan pertemukan aku dengan dia semula!
aku cakap aku nak luapakn dia.
tapi aku tipu,aku memang tak boleh nak lupakan dia.
aku nak dia balik sebagai sahabat aku!
kita penah janjikan sahabat sampai mati?
dia selalu cakap,
kalau rindu dia berdoalahh
mengadu pada ALLAH!
dan itu yang aku buat setiap kali aku solat!
aku harap Allah makbulkan doa aku.
walaupun peluang tu mungkin takda untuk aku
aku tetap tunggu dia. :)
dia sahabat,dia teman,dia pujaan hati,dia segalanyaa untuk aku!
aku rindu kau
'Ubaidah Somadiyah Bt Hashim!
aku rindu kau setengah mati
aku minta maaf sangat!
3 tahun kita kenal 
tapi aku minta cuma satu saat je :)

Tuesday, December 18, 2012

Si Tamil :D




pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu

kadang-kadang dalam hidup ni kita lupa untuk menghargai orang yang ada didepan mata
kita sering teringat pada mereka yang jauhh yang sering membuat kita gembira
tapi
kita tak pernah endah akan mereka yang berkecil hati
dan
berjauh hati
itulah saya,saya sering abaikan orang yang ada depan mata saya
mungkin itu satu kesilapan saya
dan
hari ini saya memohon maaf kepada seseorang
kerana
dia telah berkecil hati dengan saya dan meluahkan isi hatinyaa!
Chopp!
bukan isi hati yang cintan-cintun tu
tapi isi hati ketidak puasan hati
dia kata saya sering lupakan dia
hehehe!
entahlah!
mungkin saya terlepas pandang mungkin
jadi saya nak memohon ampun.
dia ni saya kenal agak lama,dari kampus lagi
kami kenal dalam keadaan yang tak dijangka
kenal tetiba kenal
lepas tu boleh rapat pulak.
pelik kan?
dia lecturer dan saya student
tapi kami boleh jadi sahabat yang baik!
kadang-kadang dia ada waktu saya memerlukan,
saya je selalu takda waktu dia perlu.
hmmmm!
kejamkan?
tapi itu bukan niat saya,
kadang-kadang saya rasa saya tak patut masuk campur hal yang tiada kaitan dengan saya
sebab tak nak nanti orang cakap saya busy body!
diam itu lebih baguskan?
jadi
saya kena pujuk si lecturer ni agar tak merajuk!
pujuk?
oh mannn!satu kelemahan saya tu.
hehehe!
tapi saya cuba!cuba untuk memujuk agar takda hati yang disakiti lagi :)
kepada
Nur Farhana Bt Abd Wahid,
aku minta maaf kalau aku ada buat silap kat ko,
aku tahu selama ni aku ada sakitkan hati ko and buat ko kecik hati kan?
so dari hujung rambut sampai hujung kaki
aku minta maaf!
say cheeeseee! :)
aku tahu selama ni ko banyak tolong aku,
ko bagi semangat masa aku jatuh,
walaupun kita pernaha da kisah lampau yang mengecewakan
tapi ko tetap terima aku sebagai sahabat ko!
dan
aku hargai itu! :)
aku harap kita kan dapat jadi sahabat yang baik sampai bila-bila!
aku sahabat dan ko sahabat!
hehehe!
kan?:)
aku tahu kadang-kadang aku comel sangat sampai buat ko ketawa.
tapi nak buat cane kan?
aku tak dapat nak kawal kecomelan aku neh!
atototo!
aku redha dengan pemberian Allah!
waahhh! :D
walaupun kadang-kadang ketamilan ko tu buat aku annoying.
tapi aku nak ko tahu,
hanya ada sorang je T.A.M.I.L untuk aku,
iaitu ko!
si Tamil yang gedikkss :P
HAHAHA
jangan marah keeyh! 
nanti cepat tua!
ok la,sampai sini je aku nak tulis.
hope kita 0-0 keyh?
takda dah heart2 feeling bagai smua!
ketipakan semua itu!
ceeeyhhhh! :D

p/s : aku doakan ko menjadi seorang anak yang berguna untuk abah dan mama,semoga dipercepatkan jodoh,dilimpah rezeki yang melimpah ruah,dirahmati Allah dunia Dan akhirat!
:)
hope our friendship ni akan kekal sampai bila-bila :)
yeaaah!
*kekadang aku over tapi over tu comel*


nah gambar aku yang macho lagi bergaya untuk tatapan seantero dunia! :D

Sunday, December 16, 2012

Gula-Gula Hati


 G U L A - G U L A H A T I


Muara Hati?
korang mesti pernah dengar kan lagu ni?
OST drama yang meletop adam hawa tu
penyanyi dia lak Dato' ct and hafiz.
dalam masa yang sama lagu ni feveret gula-gula hati saya
hahaha!
hey!korang perasan tak?
aku suka update blog sekarang neyh!
hehehe!
tak tawu la nape,maybe mood nak bercerita tu banyak sangat.,
tapi kalau malas sampai berbulan-bulan tak update kan?
dan
Hari ni nak bercakap pasal seseorang.
seseorang yang dah lama kenal tapi baru nak rapat maybe.
hehehe!
kenal melalui facebook dalam bulan 6 rasanya.
bertukar number telefon dan berwhatsapp tapi terberhenti seketika.
kemudian bertemu semula diFB dan bersambung ditwitter.
drama melayu sgt kan?
HAHA
sorry,saya memang minat layan drama melayu!
*pengakuan jujur*
nama dia tak leh nak mention la kat sini.
sebab dia tu agak pemalu.
pemalu ker?
pemalu la sebab dia selalu malu-malu dengan saya.
haaisshh!geram pulak dibuatnyaa!
yang penting kitaorg ni selalu berunmensi di twitter :)
tapi xda orang tahu pun.
senyap-senyap je kitaorg buat kerja ni.
hehehe!
then,
kami pun bertwitter.
dia ala-ala cinta muka buku la.
tapi ni cinta twitter!
kihkihkih :D
dan
ada satu perasaan yang ada dalam diri saya ni.
dia tahu saya pun tahu,
suka?
mungkin!
cinta?
mungkin jugak!
sayang?
lagi mungkin!
hehehehe!
saya pun tak tahu nak cakap ape.
perasaan suka kat dia tu cam bergolek-golek datang!
cam main bowling tuh!
hehehe.
mesti korang berteka-teki siapakah orangnya kan?
hehehe!
clue dia?
dia seorang mahasiswa IPTA  :D
jengjengjengjeng!
harap-harap la nanti kitaorg ada satu relationship yang kukuh!
harap sangat!
sebab hati ni cam dah tergolek-golek dah!
haaaissshhh!
tak tahu la nak kata!
untuk awak tu,harap memahami la maksud dihati saya eh?
tapi,
lebih elok berkenalan dengan lebih rapat dulu 
sebab saya tak nak satu hubungan yang terburu-buru
nanti tak akan kemana-mana punya la kan?
sebab bila kita ingin memberi hati,kita kena pastikan yang hati tak akan disakiti :)
sebab benda ni melibatkan hati dan perasaan!
perasaaannn tu?
satu benda yang amat sulit dan sukar untuk difahami ok!
kepada si gula-gula hati
hope awak baca sebab saya tulis khas untuk awak! :D
walaupun saya tak tahu ape perasaan awak untuk saya
cuma saya nak awak tahu yang saya sayang awak dari jauh :D
jaga diri!
jangan nakal-nakal taw!
nanti saya babap.
HAHA!


saje gedik-gedik nak selitkan gambar ni!

p/s : awak,walaupun kita tak pernah tahu apa yang kita rasa,tapi perasaan tu akan sentiasa ada :)

next post ialah pasal lecturer a.k.a tamil yang merajuk tapi nak dipujuk!HAHA


Saturday, December 15, 2012

J.A.U.H



Sedang apa dan dimana?
itu lagu yang aku suka sangat!
time aku rasa tak tenteram or jiwa bercelaru
hurm!
korang pernah tak rasa bersalah bila someone jauhkan diri dari korang?
aku rasa saat ini.
tapi entahlah...
aku ada kenal dengan seorang kawan.
dia baik,kelakar dan macam easy going la.
tapi tiba-tiba dia macam jauhkan diri dari aku.
aku risau kalau aku ada buat salah.
sebab aku terasa sangat bila dia jauhkan diri tu,
hurrrrm!
tapi kenapa dia buat cam tu?
dia ada masalah or aku ada tersilap dengan dia?
sebab aku ni jenis yang suka bergurau.
kadang gurauan aku tu kasar tapi tak bermaksud apa-apa.
tapi aku takut kalau dia terasa dengan aku atau dia sakit hati?
apa aku perlu buat?
aku ni jenis yang cepat risau,takut kalau ada yang jauhkan diri dari aku.
dah la aku ni jenis yang tak pandai nak pujuk.
aku perlukan nasihat dari korang la!
aku harap sangat yang kitaorg ni tetap akan berkawan.
kalau boleh aku tak nak hilang kawan-kawan aku walaupun seorang pun!
walaupun aku dengan kawan aku tu kenal baru sangat!
tapi aku selesa dengan dia!
entahlah!dia lain dari yang lain.
kalau aku ada buat salah,sekurang-kurangnya bagi tahu.
supaya aku boleh perbaiki.
aku tak nak hilang kawan lagi.
cukuplah aku hilang sahabat aku disebabkan kebodohan yang pernah aku buat!
hidup rasa macam tak lengkap kalau takda kawan :(
aku harap kawan aku tu baca ape yang aku tulis ni.
aku nak sangat kawan dengan dia balik.
pleaseeeeee!
aku tak kira la kawan aku tu laki or perempuan,
aku akan sedih kalau dia jauh,aku hilang dia or ape la,
hmmmmm!
apa aku perlu buat?
apa aku perlu buat?
apa aku perlu buat?


aku rindu time dalam gambar neh!happy je :)

p/s : untuk awak yang berkenaan,saya minta maaf sangat-sangat kalau saya ada buat salah or buat awak terasa hati.maafkan saya! :)

next post : saya nak cerita pasal budak UKM!nantikan.heheh :)

Wednesday, December 12, 2012

Kehilangan Vs 12.12.12




Dalam dunia ni benda yang paling kita takut ialah kehilangan kan?
first mestilah takut kehilangan orang-orang yang kita sayang.
itu sudah semestinya!
Tapi
Hakikatnya,itulah yang kita perlu hadapi sebab kita memang akan rasa kehilangan tu.
tak kira la kehilangan sesiapa pun,rasanya mesti sedih GILA!
Tapi perkara yang paling kita perlu takut ialah kehilangan cinta ALLAH!
bercakap pasal kehilangan,
bila kita kehilangan mesti ada je perkara-perkara yang akan kita cuba lakukan untuk buat perasaan tu luput.
tak kira la benda bodoh atau pun cara yang paling tenang.
tapi antara benda-benda bodoh yang kita akan buat alah unfollow kat twitter or blocked kat FB!
paling bodoh bunuh diri.terjun dari KLCC!
HAHA!
itu untuk orang yang frust la!
tapi bunuh diri tu sgt bodoh!
kalau mati pun,jasad tak diterima tanah!
Nuzubillah Minzaliq!
bila kehilangan pulak.perasaan paling teapt ialah KECEWA!
semua orang akan kecewa or sedih bila dorang kehilangan orang,barang or ape-ape aje yang disayangi.
manusia ni.dorang kena hadapi kehilangan tu nak atau tak.
sebab tu kan takdir.
Qada-Qadar tuhan.
kan?
so,terima dengan redha!!
BTW,korang perasan tak tarikh hari ni?
12.12.12!
mesti semorang duk pulun nak kawen,couple,break,bercerai,bertunang dan etc.
sebab nak ada sentimental value la katanya!
hehe!
tapi tu semua tak penting sgt!
yang pentingnyaaa ialah kita terokai keunikan tarikh 12.12.12 tu!
Allah tak akan jadi kan sesuatu tu tanpa sebab kan?
mesti ada.
kita kena kaji,selidik dan fikir keunikan tu!
tapi
saya pun ada gak wish pasal tarikh 12.12.12 tu sekadar suka-suka! :D
hah korang!
semalam saya g Universiti Teknologi Petronas!
feewww!satu keunikan yang sangat menajubkan!
seronok gila join dorang punya Edu.Camp intake januari 2013
teruja!
teruja!
teruja!
tu jer mampu yang keluar dari mulut yang comel neh!
HAHA
phuiiiii!

meh nak share gambar yang sempat saya snap time kat sana!



dua gambar ni kat dalam library UTP yang sangat ohseemmm Gila!
simpan impian nak study kat sini untuk degree!
sanggup taw tukar baju untuk bergambar!
ahahah!
memang gila camera la aku neh!

then!
ok la korang
dah nak maghrib neh!
nnt kita share-share lagi eh!

assalamualaikum!

p/s : hati tengah berbunga-bunga + ada strawberry dalam dia!
hahahaha!

Sunday, December 9, 2012

Ajari Aku!

AJARI AKU - ANUAR ZAIN

Ajari aku 'tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karena kau cahaya hidupku, malamku
'tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti, semua inginku

[ajari aku 'tuk bisa mencintaimu]

[ajari aku 'tuk bisa mengerti kamu]

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku

Hanya engkau yang tahu
Ajari aku 'tuk bisa mencintaimu



Ajari Aku Untuk Bahagia Walaupun Ia Cuma Sesaat!

hey!korang,lama gila tak update blog ni kan?mesti dah ada sarang laba-labah bagai.
sorry la,busy sikit sebab tanam anggur kat belakang rumah.
katanya!
eh?btw korang dah dengar belum lagu anuar zain yang ohsem gila tu?
ala..
tajuk dia ajari aku tu!
korang wajib dengar taw!
sebab sangat best gila!
hahaha!
btw korang,saya terpaksa delete beberapa post yang lepas.
sebab saya rasa post cam tu tak layak ditulis oleh orang yang bodoh macam saya :)
tapi tak nak cerita lah!
nnt boleh terluka dan berdarah-darah.hahaha
sekarang kita tutup buku lama then bukak buku yang baru k!
haha.
so korang kalau nak bagi hati sesape.kena cermin diri dulu.
sebab
"pengorbanan terbesar seseorang dalam hidup ialah dengan mencintai orang lain dengan sepenuh hati,
tapi kadang-kadang itu boleh jadi kebodohan terbesar yang pernah kita lakukan"
 ok.
tak nak la cakap panjang lebar sebab benda dah lepaskan?
so buka buku yang baru kita tutup bukan yang lama
kita jangan harap orang untuk faham kita tapi kita cuba faham orang!
tak salah kadang-kadang nak beralah or bertindak bijak!
kepada awak yang saya pernah sayang tu.
hope awak happy dan ceria selalu k
im still ur zel!
tapi awak dah tak da dalam hati saya dah! :)
thank you!
nak cuba searching someone yang boleh buat saya jatuh hati tergolekkk2!
:)
wahhhh!
ayat tak nak kalah kan?
ok semua!
jumpa lagi keyhh!
peace yeaaah!


eceh!selitkan sikit gambar yang tak seberapa nih! :D







bye korang!
asalamualaikum :)



Thursday, June 7, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi~

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati








Luahan Hati Abzel:

Tuhan.
Andai ini takdir yang kau berikan untuk aku.
aku akan tempuhinya untuk terus bertahan.
pertemukanlah aku dengan cinta yang benar2 memberikan aku sayang.
bukan cinta yang mengecewakan.

Tuhan.
tolong la lembutkan hati dia untuk menerima aku.
andai dia bukan untuk aku.
kau pertemukanlah aku dengan yang lebih baik.
kerana aku tak bisa untuk tanggung kekecewaan ini..

Tuhan.
aku sayang dia.
aku cinta dia.
tapi bagaimana harus aku teruskan andai dia bukan milikku lagi?
adakah ini kecewa lagi buatku?

awak,
jika ini yang terbaik buat kita.
saya terima dan saya faham.
mungkin awak bukan untuk saya kali ni.

awak.
mungkin tuhan sayang awak dan saya.
sebab tu tuhan tak nak kita kecewa dikemudian hari kan?
awak kuat dan saya pun kena kuat!

awak.
saya sayang awak walaupun awak bukan untuk saya.
saya akan ingat awak!
9 bulan kita kenal dan hari ini kita ditakdirkan untuk tidak bersama lagi!


mungkin ini suratan bagi jodoh yang ada pada kita.
selamat tinggal awak.
selamat tinggal untuk kekecewaan
saya harap akan ada bahagia untuk kita.



Thursday, March 15, 2012

Kahwin Muda Itu Indah! :)

Kahwin muda itu adalah terbaik dan terindah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim) 

Friday, February 24, 2012

Jumaat!

        Sekadar Perkongsian Dari Pembacaan Saya.


         Ramai dikalangan kita yg tidak mengetahui kenapa diadakan solat jumaat, dan persoalan ini tidak pernah timbul di fikiran kita kenapa adanya solat jumaat? dan ianya wajib bagi kaum lelaki dan tidak bagi kaum wanita. persoalan ini bukanlah utk mempertikaikan kemahuannya, tetapi sekadar ingin mengetahui kenapa ia diwajibkn, tujuan utama solat jumaat adalah utk menyatupadukan ummah diantara kita dan merapatkn silatulrahim diantara kita tidak kira usia,pangkat,bangsa, mahupun harta, pada hari ini kita dapat melihat bahawa kita adalah sama dimatanya, pangkat, darjat dan harta hanyalah kurnia yg dipinjamkan @ diberikan kepada mereka yg memilikinya dan ianya juga adalah satu dugaan. sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha berkuasa dia memberikan rahmatnya kepada siapa yg dia kehendaki. solat jumaat juga adalah bertujuan utk kita ingat mengingati diantara satu sama lain supaya mempertingkatkn ketakwaan dan keimanan kita padanya. kita seelau dengar pada permulaan khutbah jumaat "mimbar ingin berpesan marilah kita meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita pada ALLAH S.W.T"
       
       Tujuannya mimbar selalu menyebut perkataan ini adalah bertujuan untuk mengingatkn kita bahwa kita ini sentiasa berada dalam kelalaian, dan tahap keimanan kita ada pasang surutnya. kita selalu leka dan alpa dgn tugas dunia dan menyebabkan kita lupa akan hari akhirat, disebabkan inilah kita disuruh utk pergi kemasjid-masjid utk kita berpesan-pesanan di antara satu sama lain supaya kita kembali ke pangkal jalan sebelum kita lebih lalai dan leka dgn kehidupan di dunia.Salah satu lagi tujuan kenapa kita diwajibkan pergi menunaikan solat jumaat (kaum lelaki) adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang lelaki adalah sebagi pembimbing didalam keluarga apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kelak, nasib ahli keluarga kita bergantung pada kita segabai pembimbing, sama ada dijalan yg lurus mahupun terpesong dari landasan yang benar. sekiranya kita tidak dapat berada dijalan yang benar, bagai mana kita hendak membimbing keluarga kita??
     
        Apakah tujuan khutbah jumaat?? khutbah jumaat mengandungi rahsia-rahsia yg terdapat didalam al-quran dan hadith, didalam khutbah jumaat mimbar akan memperdengarkan ayat-ayat al-quran dan hadith kepada kita, ia mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat, dan jgnlah kita terlepas dari mendengarnya, seelok-eloknya kita memberi tumpuan pada setiap yang disampaikan oleh mimbar supaya ia dapat mendekatkn lagi kita pada ALLAH s.w.t. inilahlah tujuan yang sebenar yang hendak disampaikn oleh Nabi kita MUHAMMAD s.a.w. kepada kita supaya kita sentisa mengingati,bertakwa dan beriman kepadanya. sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui hamba-hambanya dan dia lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui, dan setiap kejadian tiada sia-sia. solat jumaat itu bermula dari azan zohor yang pertama sehinggalah sudahnya menunaikan solat jumaat, dan jgn lah kita melengah-lengahkn utk mengerjakan ibadah kita dengan sengaja, sesungguhnya orang yg melengah-lengahkn utk menunaikn ibadah adalah dikalangan orang-orang yg rugi, dan banyakkan lah kita berselawat dan bermohon keampunan pada hari jumaat mudah-mudahan kita mendapat keradaannya. 

Monday, February 6, 2012

Si Tukang Cakap !

Minggu ni macam jadi kat aku.
anatara yang paling best ialah aku pergi audition ON-AIR Aznil!
feuuuuhhh~
gempak siot,first time dalam hidup pergi ujibakat tuh!
sebelum pergi macam-macam halangan aku lalui kot..
antaranya aku tersalah station LRT!malu mak~!hahahah
then dah la salah,org lak ramai dalam tuh..terpaksa berhimpit sampai kaki aku kena pijak!
ouchhh!sakit bangat la~tapi aku buat muka senyum jer kat mamat yang pijak kaki aku tuh..
REDHA jer la kan?
akhirnya aku sampai kat umah pak cik aku!
bermalam kat situ sebab esoknya pagi-pagi nak pergi audition..
urmm!
pagi-pagi lagi aku dah bangun!
semangat beb~
so jam 8.30 pagi aku dah terpacak kat depan north-entrance Astro,Bukit Jalil!
bangga sikit sbb aku skang depan astro gitu~
org yang datang punya lah ramai..
jam 9 kitaorg dah boleh masuk dalam..
beratur amik borang semua bagai!
time nih aku panas hati sebab lagi empat org nak tiba giliran aku..
kakak comel tu cakap
"maaf semua,borang dah habis sebab kami hanya provide sbnyak 250 jer"
aku frust!aku frust! aku frust!
tetiba!
abang yang ala-ala macho menyelamatkan keadaan bersuara!
"tak pe,pukul 11 nnt dtg balik kita bagi borang tapi terhad pada 75 orang sahaja"
lega hati aku dengar!
semangat datang berkobar-berkobar!
yeaaaahhh!inilah masanya aku nak gunjuk bakat aku yang ada!
then aku ngan kawan aku ida rahaman pun menunggu sampai pukul 11 pagi..
hang nak taw!manusia punya ramai la time tuh!
sambil tunggu gate bukak aku n ida jumpa kawan baru!
serius kelakar sangat dorang..main tegur-tegur jer
tapi cam dah kenal 18 tahun kau!
hahahahaha
pagar bukak jer,semua orang berebut!
aku tersepit kat tengah!
argggghhh!ternoda kejap..kahkahkahkah
ida pun buat dramatik dia dengan berlakon sakit..
aduh-aduh!aduh!tidakkkk~
then kakak yang incharge tu cam kesian kat kitaorg..dia pun bagi kitaorg masuk!
lalalla..korang ada?xda kan?!
akhirnya.aku dapat borang!
rase cam nak jerit jer..tapi aku amik dengan lafaz bismillah!
(tu pon pak guard tu suruh,aku lupa smua tu dah)hehehe
aku isi borang and menunggu!
dapat number giliran 1567!
cantik kan number aku?
aku n ida kena tunggu sampai ke malam..
sambil tunggu cam2 benda kitaorg buat dengan kawan baru..
aku,ida,azma,remy dan shah!
kami berlima!
buat sesuka hati aku jer kan?
kitaorg bentang tikar kat tepi jalan n bersantai..!wah macam picnin gitu~
hahahhaa
jam 10 aku masuk ke bilik audition!
serius aku langsung tak gementar!
aku masuk dengan penuh semngat KEJANTANAN!
hahaha..
then aku masuk jer Suhaimi sulaiman tegur aku!
dia cakap nama aku sedap sangat!
dia tanya ape yang ada kat aku selain nama aku yang sedap?
then aku just cakap..
saya suka benda yang mencabar!
saya tak akan kenal penat selagi apa yang saya nak saya tak dapat..
Suhaimi Sulaiman hanya mampu cakap!
"WOW"
then aku pun buat ape yang aku nak buat!
dia cakap..
"abzel boleh tak buat macam abzel cakap dengan kawan2,then sy tak nampak senyuman pada abzel"
dia nak aku cakap cam aku cakap ngan kawan2!
dia nak aku senyum!
aku dah nak tercabut mulut senyum!
then aku buat sekali lagi,,.
dia cakap yang aku punya sangat lemah!
mana tak..tunggu dari kul 8 pagi sampai kul 10 malam!
aku rase tu aku dah buat yang terbaik kot!
aku tahu aku boleh buat..
tapi mungkin rezeki aku tak da kat sini bila dia hanya cakap..
"maaf"
aku tak kecewa tapi aku bangga!
aku bangga yamg aku boleh tunjuk apa yang aku ada!
aku dah buat apa yang aku nak!
InsyaAllah Satu Hari nanti apa yang aku nak tercapai..
ida n kawan-kawan aku yang lain pun xdapat!
tapi!
kitaorg tak kecewa!
kitaorg bangga!
sebab ini baru perjalanan bermula!
kegagalan adalah titik bermulanya kejayaan!
aku bangga dengan diri aku!
aku puas dengan apa yang aku buat!
sebab!
aku JATUH CINTA dengan Dunia Pengacara!
doakan aku berjaya suatu hari nanti sebab itu impian aku!

aku puas hati sangat!
aku dapat jumpa Pak NiL depan mata,
aku jumpa Suhaimi Sulaiman,
Dapat lihat kejelitaan Wan Zaleha Radzi!
dapat tengok abg asrul yang jaga budak2 AF!
jumpa Aerul Af9!
Peserta Raja Lawak enam!
Dan Paling Bangga!
aku Berjaya Untuk ON-AiR!

Alhamdulillah! :)

p/s:thank untuk abah dan mak yang banyak berkorban,semua ahli keluarga yang banyak menyokong..
kawan-kawan yang memberi sokongan 
dan juga!
kawan-kawan yang mengejek dan memeperli!
itu semua cabaran dan semangat untuk aku!


One Day!
Rizairul Abzel!

Akan Jadi Pengacara! :)


Bila Aku Jatuh Cinta By Awie Rafael!

Bisakah ku tanpamu
Bilakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh, hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu


Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah