Friday, February 24, 2012

Jumaat!

        Sekadar Perkongsian Dari Pembacaan Saya.


         Ramai dikalangan kita yg tidak mengetahui kenapa diadakan solat jumaat, dan persoalan ini tidak pernah timbul di fikiran kita kenapa adanya solat jumaat? dan ianya wajib bagi kaum lelaki dan tidak bagi kaum wanita. persoalan ini bukanlah utk mempertikaikan kemahuannya, tetapi sekadar ingin mengetahui kenapa ia diwajibkn, tujuan utama solat jumaat adalah utk menyatupadukan ummah diantara kita dan merapatkn silatulrahim diantara kita tidak kira usia,pangkat,bangsa, mahupun harta, pada hari ini kita dapat melihat bahawa kita adalah sama dimatanya, pangkat, darjat dan harta hanyalah kurnia yg dipinjamkan @ diberikan kepada mereka yg memilikinya dan ianya juga adalah satu dugaan. sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha berkuasa dia memberikan rahmatnya kepada siapa yg dia kehendaki. solat jumaat juga adalah bertujuan utk kita ingat mengingati diantara satu sama lain supaya mempertingkatkn ketakwaan dan keimanan kita padanya. kita seelau dengar pada permulaan khutbah jumaat "mimbar ingin berpesan marilah kita meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita pada ALLAH S.W.T"
       
       Tujuannya mimbar selalu menyebut perkataan ini adalah bertujuan untuk mengingatkn kita bahwa kita ini sentiasa berada dalam kelalaian, dan tahap keimanan kita ada pasang surutnya. kita selalu leka dan alpa dgn tugas dunia dan menyebabkan kita lupa akan hari akhirat, disebabkan inilah kita disuruh utk pergi kemasjid-masjid utk kita berpesan-pesanan di antara satu sama lain supaya kita kembali ke pangkal jalan sebelum kita lebih lalai dan leka dgn kehidupan di dunia.Salah satu lagi tujuan kenapa kita diwajibkan pergi menunaikan solat jumaat (kaum lelaki) adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang lelaki adalah sebagi pembimbing didalam keluarga apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kelak, nasib ahli keluarga kita bergantung pada kita segabai pembimbing, sama ada dijalan yg lurus mahupun terpesong dari landasan yang benar. sekiranya kita tidak dapat berada dijalan yang benar, bagai mana kita hendak membimbing keluarga kita??
     
        Apakah tujuan khutbah jumaat?? khutbah jumaat mengandungi rahsia-rahsia yg terdapat didalam al-quran dan hadith, didalam khutbah jumaat mimbar akan memperdengarkan ayat-ayat al-quran dan hadith kepada kita, ia mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat, dan jgnlah kita terlepas dari mendengarnya, seelok-eloknya kita memberi tumpuan pada setiap yang disampaikan oleh mimbar supaya ia dapat mendekatkn lagi kita pada ALLAH s.w.t. inilahlah tujuan yang sebenar yang hendak disampaikn oleh Nabi kita MUHAMMAD s.a.w. kepada kita supaya kita sentisa mengingati,bertakwa dan beriman kepadanya. sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui hamba-hambanya dan dia lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui, dan setiap kejadian tiada sia-sia. solat jumaat itu bermula dari azan zohor yang pertama sehinggalah sudahnya menunaikan solat jumaat, dan jgn lah kita melengah-lengahkn utk mengerjakan ibadah kita dengan sengaja, sesungguhnya orang yg melengah-lengahkn utk menunaikn ibadah adalah dikalangan orang-orang yg rugi, dan banyakkan lah kita berselawat dan bermohon keampunan pada hari jumaat mudah-mudahan kita mendapat keradaannya. 

Monday, February 6, 2012

Si Tukang Cakap !

Minggu ni macam jadi kat aku.
anatara yang paling best ialah aku pergi audition ON-AIR Aznil!
feuuuuhhh~
gempak siot,first time dalam hidup pergi ujibakat tuh!
sebelum pergi macam-macam halangan aku lalui kot..
antaranya aku tersalah station LRT!malu mak~!hahahah
then dah la salah,org lak ramai dalam tuh..terpaksa berhimpit sampai kaki aku kena pijak!
ouchhh!sakit bangat la~tapi aku buat muka senyum jer kat mamat yang pijak kaki aku tuh..
REDHA jer la kan?
akhirnya aku sampai kat umah pak cik aku!
bermalam kat situ sebab esoknya pagi-pagi nak pergi audition..
urmm!
pagi-pagi lagi aku dah bangun!
semangat beb~
so jam 8.30 pagi aku dah terpacak kat depan north-entrance Astro,Bukit Jalil!
bangga sikit sbb aku skang depan astro gitu~
org yang datang punya lah ramai..
jam 9 kitaorg dah boleh masuk dalam..
beratur amik borang semua bagai!
time nih aku panas hati sebab lagi empat org nak tiba giliran aku..
kakak comel tu cakap
"maaf semua,borang dah habis sebab kami hanya provide sbnyak 250 jer"
aku frust!aku frust! aku frust!
tetiba!
abang yang ala-ala macho menyelamatkan keadaan bersuara!
"tak pe,pukul 11 nnt dtg balik kita bagi borang tapi terhad pada 75 orang sahaja"
lega hati aku dengar!
semangat datang berkobar-berkobar!
yeaaaahhh!inilah masanya aku nak gunjuk bakat aku yang ada!
then aku ngan kawan aku ida rahaman pun menunggu sampai pukul 11 pagi..
hang nak taw!manusia punya ramai la time tuh!
sambil tunggu gate bukak aku n ida jumpa kawan baru!
serius kelakar sangat dorang..main tegur-tegur jer
tapi cam dah kenal 18 tahun kau!
hahahahaha
pagar bukak jer,semua orang berebut!
aku tersepit kat tengah!
argggghhh!ternoda kejap..kahkahkahkah
ida pun buat dramatik dia dengan berlakon sakit..
aduh-aduh!aduh!tidakkkk~
then kakak yang incharge tu cam kesian kat kitaorg..dia pun bagi kitaorg masuk!
lalalla..korang ada?xda kan?!
akhirnya.aku dapat borang!
rase cam nak jerit jer..tapi aku amik dengan lafaz bismillah!
(tu pon pak guard tu suruh,aku lupa smua tu dah)hehehe
aku isi borang and menunggu!
dapat number giliran 1567!
cantik kan number aku?
aku n ida kena tunggu sampai ke malam..
sambil tunggu cam2 benda kitaorg buat dengan kawan baru..
aku,ida,azma,remy dan shah!
kami berlima!
buat sesuka hati aku jer kan?
kitaorg bentang tikar kat tepi jalan n bersantai..!wah macam picnin gitu~
hahahhaa
jam 10 aku masuk ke bilik audition!
serius aku langsung tak gementar!
aku masuk dengan penuh semngat KEJANTANAN!
hahaha..
then aku masuk jer Suhaimi sulaiman tegur aku!
dia cakap nama aku sedap sangat!
dia tanya ape yang ada kat aku selain nama aku yang sedap?
then aku just cakap..
saya suka benda yang mencabar!
saya tak akan kenal penat selagi apa yang saya nak saya tak dapat..
Suhaimi Sulaiman hanya mampu cakap!
"WOW"
then aku pun buat ape yang aku nak buat!
dia cakap..
"abzel boleh tak buat macam abzel cakap dengan kawan2,then sy tak nampak senyuman pada abzel"
dia nak aku cakap cam aku cakap ngan kawan2!
dia nak aku senyum!
aku dah nak tercabut mulut senyum!
then aku buat sekali lagi,,.
dia cakap yang aku punya sangat lemah!
mana tak..tunggu dari kul 8 pagi sampai kul 10 malam!
aku rase tu aku dah buat yang terbaik kot!
aku tahu aku boleh buat..
tapi mungkin rezeki aku tak da kat sini bila dia hanya cakap..
"maaf"
aku tak kecewa tapi aku bangga!
aku bangga yamg aku boleh tunjuk apa yang aku ada!
aku dah buat apa yang aku nak!
InsyaAllah Satu Hari nanti apa yang aku nak tercapai..
ida n kawan-kawan aku yang lain pun xdapat!
tapi!
kitaorg tak kecewa!
kitaorg bangga!
sebab ini baru perjalanan bermula!
kegagalan adalah titik bermulanya kejayaan!
aku bangga dengan diri aku!
aku puas dengan apa yang aku buat!
sebab!
aku JATUH CINTA dengan Dunia Pengacara!
doakan aku berjaya suatu hari nanti sebab itu impian aku!

aku puas hati sangat!
aku dapat jumpa Pak NiL depan mata,
aku jumpa Suhaimi Sulaiman,
Dapat lihat kejelitaan Wan Zaleha Radzi!
dapat tengok abg asrul yang jaga budak2 AF!
jumpa Aerul Af9!
Peserta Raja Lawak enam!
Dan Paling Bangga!
aku Berjaya Untuk ON-AiR!

Alhamdulillah! :)

p/s:thank untuk abah dan mak yang banyak berkorban,semua ahli keluarga yang banyak menyokong..
kawan-kawan yang memberi sokongan 
dan juga!
kawan-kawan yang mengejek dan memeperli!
itu semua cabaran dan semangat untuk aku!


One Day!
Rizairul Abzel!

Akan Jadi Pengacara! :)


Bila Aku Jatuh Cinta By Awie Rafael!

Bisakah ku tanpamu
Bilakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh, hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu


Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah