Thursday, June 7, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi~

Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati








Luahan Hati Abzel:

Tuhan.
Andai ini takdir yang kau berikan untuk aku.
aku akan tempuhinya untuk terus bertahan.
pertemukanlah aku dengan cinta yang benar2 memberikan aku sayang.
bukan cinta yang mengecewakan.

Tuhan.
tolong la lembutkan hati dia untuk menerima aku.
andai dia bukan untuk aku.
kau pertemukanlah aku dengan yang lebih baik.
kerana aku tak bisa untuk tanggung kekecewaan ini..

Tuhan.
aku sayang dia.
aku cinta dia.
tapi bagaimana harus aku teruskan andai dia bukan milikku lagi?
adakah ini kecewa lagi buatku?

awak,
jika ini yang terbaik buat kita.
saya terima dan saya faham.
mungkin awak bukan untuk saya kali ni.

awak.
mungkin tuhan sayang awak dan saya.
sebab tu tuhan tak nak kita kecewa dikemudian hari kan?
awak kuat dan saya pun kena kuat!

awak.
saya sayang awak walaupun awak bukan untuk saya.
saya akan ingat awak!
9 bulan kita kenal dan hari ini kita ditakdirkan untuk tidak bersama lagi!


mungkin ini suratan bagi jodoh yang ada pada kita.
selamat tinggal awak.
selamat tinggal untuk kekecewaan
saya harap akan ada bahagia untuk kita.