Monday, January 27, 2014

Izinkan Aku Tulis Nama Mu Dihati

  
 
 

Orang kata bila sayang jangan terlampau sayang sampai tak tahu beza apa itu sayang dan benci tapi siapa kita untuk menyekat setiap perasaan sayang yang lahir dari hati?Lumrah hidup manusia,punyai pelbagai perasaan dan rasa yang kita tak mampu nak kawal dan agak bila rasa itu akan hadir.kan?

Sudah lama tak bermain kata di kaunter bercakap ini yang dulunya aku dedikasikan sebagai Kisah Yang Tak Sempurna.Dalam kita tak sedar masa cepat sangat mengejari kita,sedangkan kita leka dengan pelbagai urusan dunia,tapi jangan sesekali lupa Tuhan Yang Satu ye :) *pesan mak abah*

Tanpa buang masa meh kita borak pasal tajuk entry yang kat atas tu "Izinkan Aku Tulis Nama Mu Dihati".dedikasi khas buat seorang teman yang aku boleh kata sangat aku sayang.entah bagaimana Allah boleh temukan aku dengan dia,bagai ada satu aura yang buat aku tertarik dengan dirinya.Masa yang lepas banyak mengajar aku dupaya lebih matang dalam memilih kawan atau teman.Banyak yang aku pelajari dari pengajaran lepas.Tapi aku tidak boleh serik atau berputus asa dengan setiap apa yang terjadi.

Teman,Dia hadir tanpa aku duga.aku tak minta dan aku bukan pula aku cari.Mungkin itu dikatakan kebetulan.kami berkenalan dan berkawan sehingga lahir rasa sayang tapi aku harus letakkan batas atas apa itu "sayang".hari demi hari yang aku lalui bersama teman ini,rasa seperti wahh indahnyaa dunia,*eceh*.So,nak dipendekkan cerita,teman ini banyak membantu aku dalam pelbagai urusan dan kisah hidup aku sehingga kan aku rasa dia amat penting dalam diri ni.aku sayang dia,tapi satu masa nanti aku harus hentikan sayang yang aku rasa ini kerana ada tahap yang tak boleh kami lepasi.

Tapi buat masa ni,Izinkan Aku Tulis Namamu Dihati untuk aku rasa sedikit bahagia.bolehkan?Teman yang baik untuk aku adalah teman yang sentiasa bersama ketika suka,duka,senang dan susah.Dan dia ialah teman yang aku inginkan.

                                                              Untuk Mu Teman
 
                                      Semoga Allah lindungi engkau wahai teman
                                      Semoga umur engkau panjang dan sihat selalu
                                      Semoga engkau bahagia dunia dan akhirat
                                      Semoga perhubungan ini kekal sampai mati :)
 
Aku bukan orang yang pandai untuk berkata kata apatah lagi untuk menulis secantik bahasa,tapi dengan apa yang aku luahkan disini menunjukkan yang aku sayang engkau sangat.aku perlukan engkau disisi untuk bersama aku dan aku juga inginkan engkau bahagia didepan mata ku.aku tak punya harta untuk dilimpahkan untuk engkau,tak punya kudrat yang kuat untu penuhi segala apa yang engkau mahu.tapi aku punya satu hati dimana aku boleh tulis nama engkau agar aku ingat engkau selalu didalam doa aku,hari hari aku,percakapan aku dan fikiran aku.


                                   Sayang Engkau Selamanya Walaupun Jasad Kita Terpisah Nanti :)
                                                                      
                                                   Allah,Jagakan Dia Untuk Aku !


Wednesday, February 20, 2013

Nescafe Kurang Manis Satu !




Lagu ni aku pilih untuk post kali ni sebab best !
Angin Syurga By Misha Omar !


Pejam celik pejam celik je dah bulan february kan?
dah nak sampai penghujung dah
masa cepat berlalu sehingga kadang2 masa mendahului kita
kan?
rasa macam dah lama je tak update blog ni.
heeee !
busy sikit.sikit ker?
macam banyak jerr ! :D
dalam bulan february ni banyak benda yang berlaku.
meh nak story sat la !
hahahaha
dalam bulan ni ada satu tarikh special untuk aku.
iaitu 10 februari 2013
dimana pada hari and tarikh tu aku genap berusia 22 TAHUN !
tua kan?tapi still macam 17 tahun jer.
hahahah ! korang jangan nak jeles yer :P
so memang banyak la besday wish yang aku dapat dari family,kawan2,dan semorang yang kenal aku
heeeeeee !
besday boy kan?so banyak la dapat besday wishnyaa
so masa besday tu aku sambut dengan best friend zaman sekolah rendah aku
iaitu maisarah azulan,
dia belanja jenjalan.makan kfc,secret recipe then pusing2 ipoh !
seronok !
rasa tu besday yang best gak for me la !
then time besday tu jugak dapat jumpa dengan best friend time f4 and f5,afiq !
budak tu dah gemok bam bam dah dia !
dia skang cam berbeza la dengan zaman sekolah dulu.
lama gak tak jumpa si afiq tu !
dengan family lak just sambut dengan makan mcd !
adik aku yang anagh tu belanja ! yeaaay !
so sangat fun and happening gila!
jadi conclusinya aku dah 22 Tahun ! :D
hope diusia yang camni aku dapat buat sumthing yang berbeza dalam hidup.
aku nak tingkatkan taraf hidup aku supaya lebih maju dan selesa :)
ehh !
sebelum terlupa.
aku jumpa jugak dengan jiran a.k.a kawan twitter.
nama dia sani meow meow !
dia siap bawak lilin lagi kot !
tapi xda kek :p
hahahaha
so kitaorg just lepak main buaian sambil lihat pemandangan alam ! :P
hehehehe !

ini muka aku yang dah 22 tahun ! :))


comelkan?OkByee ! :P
then in this februaru yang sangat best dan sweet !
aku nak cerita gak pasal dua tiga empat kawan baru aku yang aku kenal kat dalam twitter.
antaranya ialah si Lolabi dan Cikeding !
tu aku gelarkan dorang sebab Lolabi tu beriya sangat yang dia tu gemuk !
then yang cikeding tu sebab dia kurus cam tulang !
HAHAHA!
so citer pasal dorang ni next post je la aku citer keyhh :D
then dalam bulan februari ni gak ada yang sambut besday cam aku.
antaranya Bff baru aku,
nama dia airiel khairil atau pun tim !
dia ni aku kenal tahun lepas kot.
dia bakal doctor muda yang belaja kat barcelona.
perangai dia cam aku gak !
suka bajet handsome and comel ! HAHAHA
tapi memang handsome pun kan?
so !
happy besday untuk tim yang ke 21 tahun !
:)
last one punya cerita
benda ni baru jer jadi semalam
cerita yang menduka citakan la bagi aku,
cerita pasal adik lelaki aku xcident
time dia nak g sekolah naik basikal dalam sekitar 6.45 pagi la
dia kena langgar dengan kereta kat jalan area rumah gak !
so nasib baik dia bawak phone.
dia kena je langgar terus dia call mak untuk bagi tahu,
mak aku pe lagi.terkejut tahap ape dah !
so kitaorg pun bergegas la pergi kat tempat dia kena tu.
sesampai je situ dia dah terduduk tepi jalan dan dikerumuni dengan pak cik,mak cik,adik,kakak,.abang dan so on orang yang nampak kejadian tu,
biasalahkan rakyat malaysia mana leh nampak excident,
lebih ramai tengok dari menolong ! HAHAHA
then yang langgar tu ialah budak muda yang drive kereta kancil ! :)
adik cakap dia laju time tu.then tak bagi tanda untuk belok kekanan.adik nak terus so memang baaangggg !
tak dapat nak diselamatkan la !
huh !
so aku and family aku bawak adik aku g sepital HRPB.Ipoh ! :)
then tunggu semua benda settle.dalam pukul 6 baru balik rumah !
penat gila kot !
bapak ngantuk time tu !
btw.aku g sepital tu tanpa mandi ! HAHAHA
then doctor cakap kaki adik aku patah dari atas punggung ke lutut,
patah dia lak patah serong !
then kaki dia kena simen
after dua minggu kena datang balik untuk check sekal lagi sama ada kena masuk besi or tak !
kesian la hero ni sorang !
hopefully dia cepat sembuh dan boleh jalan macam selalu !
inilah hasilnyaaa !
kami sempat bergambar :)
HAHAHAHA


dalam gambar tu semua orang mandi yer ! HAHAH
beriya kan adik beradik aku !
hahaha
so time ni la nak buli budak sakit ni ! HAHAHA
so get well soon bro !
love youu buchukk2 ! :)

itulah kisahnya di bulan februari yang indah ini !
banyak cerita dan tauladan yang boleh aku amik dari benda2 ni semua !
jap-jap !
btw,cinta aku berkahir di januari lepas ! HAHAHA
dengan ..... !
Hmmmm :)

so tunggu the nex post yer about lolabi and cikeding ! :)
bye semuaaa ! :D

Wednesday, January 16, 2013

Selamat Hari Jadi Abah !



  "Abah"  
dalam dunia mesti semua orang ada abah kan?
abah atau panggilan lain ialah ayah,bapa,papa,daddy,walid,abi atau ape sahaja yang
melambangkan dia abah kita
tapi untuk saya,saya panggil abah :)
abah,  
aku kenal sejak 10 februari 1991
sejak aku dilahirkan sampai sekarang
hanya dia yang aku panggil abah 
tiada orang lain sehebat dia
sebab dia hero aku dunia dan akhirat
selain emak yang aku sayang
abah ialah orang yang paling rapat dengan aku
tanpa abah aku akan rasa dunia aku kosong
abah adalah segalanya untuk aku
sebab abah aku ada di dunia ni
sebab abah aku membesar dengan sempurna
sebab abah aku jadi manusia
sebab abah aku kenal apa itu kehidupan
aku tak dapat bayangkan kalau hidup aku tanpa abah
sebab abah adalah pelindung keluarga aku
abah juga pemberi inspirasi untuk aku
abah jugak pemberi semngat untuk aku
walaupun kadang2 aku akui yang aku selalu tak dengar cakap abah
tapi jauh disudut hati aku tak berniat untuk kecewakan abah
bagi aku
aku nak bahagiakan abah 
sempurnakan hidup abah dan emak
dan 
membahagiakan mereka
abah bagi aku seorang lelaki yang paling kacak 
abah juga seorang lelaki yang bertanggungjawab
abah jugak seorang lelaki penyeri keluarga
tanpa abah,siapa aku?
tanpa abah wujud ker aku kat dunia ni?
abah juga idola aku
aku nak jadi sekuat abah
segagah dia dan punyai prinsip hidup seperti dia
sebab apa?
sebab dia 
ABAH 
aku :)
Ramli Bin Ibrahim 
itulah abah aku
dilahirkan pada 17 Januari 1967
jadi untuk tahun ni abah sambut besday yang ke-46 tahun !
yeaaay!
sempena ulang tahun hari jadi abah
aku nak doakan 
semoga abah panjang umur
murah rezeki
sentiasa sihat
sentiasa ada untuk aku dan keluarga
sentiasa jadi hero aku
sentiasa ada untuk kami
sentiasa jadi penghibur kami
semoga Allah panjangkan umur abah
kalau boleh biar aku yang pergi dulu sebelum abah
sebab aku tak boleh hidup tanpa abah !
aku sayang abah sangat!
sangat! sangat! sangat! sangat!
tak terkira sangat dah tu :) heeee !
Terima kasih sebab buat along terharu sangat ada bapa macam abah !
along sayang abah sangat ! :)
korang selagi korang ada abah and mak
hargailah dorang sebelum terlambat
dorang tak harapkan apa-apa pun dari kita
dorang cuma harapkan yang terbaik je !
peaaceeee !




SELAMAT HARI JADI ABAH !

Along,Mak,Angah,Yan,Adik sayang abah ! you are our HERO !
                                                    

Thursday, January 10, 2013

Sempurnakah Aku?



KISAH YANG TIDAK SEMPURNA

Sebuah sisi kehidupan ku jalani begitu berat
Dunia ini memiliki segala 
Yang berhak dimiliki semua orang
Tetapi rasanya bagiku begitu mahal
Apakah aku tidak pantas memiliki itu?

Hanya sebuah pertemuan
Tidak begitu banyak tuntutan yang aku punya
Melihat sinar matamu sudah cukup bagiku
Agar dapat ku rasakan ada nafas baru dalam dirimu
Yang membuatku yakin
Kalau aku pantas menyayangimu

Namun, takdir membawaku pada kondisi seperti ini
Selalu saja kesempatan membuatmu pergi dariku
Pernahkah engkau bertanya pada dirimu
Adakah sedikit waktumu untukku?

Begitu mudah takdir menggariskan kisah ini
Kisah yang ingin ku lalui bersamamu
Telah buram dengan hadirnya dia didekatmu
Menjadi renggangan jarak antara kita

Kadang terpikir seseorang yang ada di dekatku
Tapi masih saja anganku terbuka untuk sosok dirimu
Sosok yang sama dari waktu ke waktu
Sosok yang ingin ku dekat disisiku

Jika memang langit masih berpihak kepadaku
Walau masih membawa kehampaan perasaan
Akan ku putuskan untuk menjalani kisah ini 
Meskipun kisah ini adalah.....
Kisah yang tidak sempurna



Bila insan itu bersuara, 
kita jarang ingin mendengar... 
Adakala rasa bosan, bisinglah, 
tak penat ke bercakap???

Tapi bila insan itu mula diam, 
jadi pula tanda tanya dan persoalan... 
Pelik dan sunyi sangat... 
Apa yang tak kena agaknya???

Ternyata awak rindu dengan karenahnya... 
Rindu dengan gurau dan gelak tawanya... 
Rindu mendengar kata-katanya...

Oleh itu, sebelum insan itu diam buat selama-lamanya, 
jadikanlah ia kenangan dalam hatimu...

Agar disaat awak kehilangannya, 
masih ada kata-kata daripada dia yang awak simpan...


Credit for my bro : azizi abdullah :)


kadang-kadang kita tak pernah sedari orang yang ada kat sekeliling kita
bila dia ada kita tak pedulikan
tapi
bila dah takda kita mula tercari-cari
tapi itulah manusia.
manusia akan mula tercari-cari bila benda tu dah xda..
bila hilang
mula akan rasa gelisah tapi masa ada kenapa tak peduli?
itu persoalannya ...
hargai apa yang kita ada hari ini 
agar
kita tidak menangis apabila kita kehilangan.

tapi
situasi ni akan berlaku pada semua orang
sebab manusia jenis yang dah terhantuk baru nak tergadah
tapi masa tu siapa yang harus dipersalahkan?
menunding jari la jawapannya ! :)
kan?
Tepuk dada tanya iman !
tanya akal!
tanya hati :)


tanya sama hati apa sebab sayang?nanti jawab hati,tanyalah iman ! :)


okeyla korang,tu je yang rasa nak update pon !
HAHA!

btw,korang nak tawu sumthing?tunguuu ! :P


Wednesday, January 2, 2013

Bye 2012,Hye 2013 :D


Dalam tak sedar 2012 dah pun berakhir.
kina tiba pulak 2013 satu tahun lagi yang perlu aku lalui dengan cabaran! :)
tentang 2012,
banyak benda yang berlaku sepanjang tahun tu.
aku kena suka,duka,ceria,sedih,kecewa dan bahagia.
tapi itu cuma satu kisah yang haru dijadikan pengalaman hidup.
tanpa pengalaman hidup,
hidup ibarat kosong tanpa makna! :)
kan?
permulaan 2012 yang sangat best.di pertengahannya bahagia.
dihujungnya kecewa :)
tapi 2012 ada penutup yang menarik.nanti aku ceritakan :)
so!
SELAMAT TAHUN BARU 2013!
semoga di tahun baru ni kita semua ada satu azam baru yang harus dicapai!
aku doakan korang semua capai ape yang korang nak!
2013,umur aku dah cecah 22 tahun.
muda lagi kan?
tapi sebenarnya dah tua,
orang selalu cakap umur tu cuma angka.
tapi sebenarnya peningkatan umur tu untuk kita sedar siapa diri kita :)
yela.umur dah meningkat,
tanggungjawab makin banyak,kehidupan makin mencabar
dan
pemikiran harus matang kan?
hidup perlu ada perubahan.tak kan kita nak ada kat takuk yang sama je!
hehehe :)
seperti kata seseorang yang aku panggil kak mas,
dia cakap dalam hidup kalau kita nak berjaya tak perlu tunggu benda yang tak pasti.
sebab kalau kita menunggu belum tentu kita akan dapat
sedangkan orang lain berkejar-kejaran dapatkan ape yang dorang nak!
itu yang membuka mata aku.
terfikir sejenak :)
so permulaan 2013 aku mula untuk focus on carier yang aku mahu!
hehehe!
so good luck to everyone for 2013! :D

MEET UP WITH TN 
penghujung 2012 yang menarik sebab  dapat jumpa sorang kawan twitter.
tak berapa kenal and rapat sebenarnya tapi berjumpa secara tak dirancang!
HAHA!
menarikkan?
actually memang tak plan.
tetiba kat twitter ajak jumpa then jumpa la kat mid valley!
best sebab dapat makan sesama
jenjalan sesama
tengok wayang citer CZ12 yang agak lamak tu
sampai mengigil kat dalam wayang tu sebab sejuk!
TN tu seorang yang baik
senang nak berinteraksi dengan dia
happy go lucky dan boleh bergurau
and
easy going!
tu je yang boleh dapat dirumuskan tentang dia!
HAHA
but hari ini
something happened yang tak leh nak cerita...
biarkan benda tu terjadi dan berlalu je.
sebab aku tak leh nak judge kenapa jadi cam tu.
maybe bersebab,
it's ok :)
dah biasa !
senyum je la mampu!

PERMULAAN 2013 YANG OHSEM! :D

excely untuk 2013 ni ingat nak stay la kat KL untuk cari kerja ke ape.
then tetiba dapat email dari RHB untuk next interview with exam!
so kena la balik ke ipoh semula!
then hari ni pergi la interview tu 2.1.2013!
hahaha!
tak tahu la cane kan?
hopefully dapatlah!
doakan taw :)
dan lagi satu tengah tunggu interview untuk mas kargo!
next week maybe!
hope untuk tahun 2013 ni akan ada satu sinar kecemerlangan!
HAHA!

ok la korang!nnt kita jumpa lagi keyhh! :)

p/s : lagu kat atas tu sy ada request someone untuk nyanyi.then tujukan lagu tu untuk dia! HAHA :P
byeee! :)

peti mesej : ada orang cakap dia stalker blog saya.and dapati banyak typo!sorry,typo dan saya memang tak 
leh nak dipisahkan lagi!ibarat ombak dan pantai!HAHA :P

Friday, December 21, 2012

Satu Saat ! :


                                             

Sahabat Aku Suka Dengar Lagu Ni.
walaupun aku tahu dia tak tahu yang aku tahu! :P


Sahabat :)
korang mesti ada sahabat kan?
aku pun ada juga.
tapi aku dah hilang dia.
sahabat yang aku boleh kongsi ape pun.
aku rindu dia.
aku sayang dia sangat!
aku tak mampu nak tanggung rindu ni dah.
serius aku sangat rindukan dia.
kalau aku mati pun,aku nak dia ada bersama aku.
kalaulah dia tahu betapa aku rindukan dia.
tapi
mungkin ini yang dah tertulis.
persahabatan aku dan dia putus sebab cinta.
cinta yang aku rasa tak patut ada
tapi aku tak boleh kawal dah ape yang aku rasa.
sampai satu tahap aku tak boleh tengok gambar dia.
kenapa?
sebab aku rindu dia!
rindu sahabat aku tu!
kan bagus kalau dia tahu,
aku harap sangat satu hari nanti aku boleh jumpa dengan dia walaupun cuma satu saat.
aku cuma minta satu saat je :)
dia je yang banyak tahu tentang kisah hidup aku.
kami tak simpan rahsia walaupun satu,
semua kami share sama-sama!
aku rindu waktu dulu-dulu.
selalu makan aiskem purple dengan dia.!
makan sampai sorang dua kekadang.
then pusing unisel sama-sama
berdua dengan dia.
cerita tentang apa je!
rasa bahagia sangat!
sumpah aku rindu waktu tu,.
kan bagus kalau masa boleh berulang balik!
aku nak masa tu je!
dia faham ape yang aku mahu,
dia faham apa kehendak aku!
tapi.
aku yang selalu rasa bersalah sebab aku punca hilang dia!
hilang mungkin tak akan dapat balik sahabat cam tu
sumpah aku rindu!
kitaorg suka share minat yang same
selalu share resepi yang kitaorg masak
then mesti gaduh!
dua-dua sengal kambeng!
sorang hot setap then sorang hot sentap!
bestkan?
aku rindu sangat waktu!
tapi semuanyaa dah takda.
aku sorang-sorang tanpa dia.
aku perlukan dia untuk dengar ape hati aku fikirkan sekarang!
aku tak nak banyak!
satu saat pun dah cukup untuk aku!
cara dia layan aku.cara dia bercakap dengan aku.cara dia msg dgn aku!
aku rindu saangaaat!
rindu setengah mati
sampai haritu aku tak bagi yana letak gambar avatar dengan dia.
sebab aku rasa bersalah,rasa bodoh dan rindu sangat-sangat!
aku cuma mampu berdoa agar satu hari nanti Allah akan pertemukan aku dengan dia semula!
aku cakap aku nak luapakn dia.
tapi aku tipu,aku memang tak boleh nak lupakan dia.
aku nak dia balik sebagai sahabat aku!
kita penah janjikan sahabat sampai mati?
dia selalu cakap,
kalau rindu dia berdoalahh
mengadu pada ALLAH!
dan itu yang aku buat setiap kali aku solat!
aku harap Allah makbulkan doa aku.
walaupun peluang tu mungkin takda untuk aku
aku tetap tunggu dia. :)
dia sahabat,dia teman,dia pujaan hati,dia segalanyaa untuk aku!
aku rindu kau
'Ubaidah Somadiyah Bt Hashim!
aku rindu kau setengah mati
aku minta maaf sangat!
3 tahun kita kenal 
tapi aku minta cuma satu saat je :)

Tuesday, December 18, 2012

Si Tamil :D




pada suatu ketika dahulu
satu pertemuan yang kita tak duga
kau dan aku bertemu
disatu tempat yang jauh
mungkin inilah yang dinamakan ketentuan tuhan
tetapi tidak lama selepas itu
hubungan kita terputus ditengah jalan
aku terus dengan kehidupanku
dan kau juga begitu
sepi hatiku kehilangan sahabat sepertimu
tidak dapat kulupakan kenangan bersamamu
tapi kini kau tidak lagi dimataku
tapi ada dihatiku
dengan ikatan persahabatan yang kukuh
ikhlas dari hati kita berdua
akhirnya kita bersua juga
dan kuharapkan pertemuan ini
berakhir dengan ajal yang ditentukan olehNYA
bukanlah kehendak aku
ataupun dirimu

kadang-kadang dalam hidup ni kita lupa untuk menghargai orang yang ada didepan mata
kita sering teringat pada mereka yang jauhh yang sering membuat kita gembira
tapi
kita tak pernah endah akan mereka yang berkecil hati
dan
berjauh hati
itulah saya,saya sering abaikan orang yang ada depan mata saya
mungkin itu satu kesilapan saya
dan
hari ini saya memohon maaf kepada seseorang
kerana
dia telah berkecil hati dengan saya dan meluahkan isi hatinyaa!
Chopp!
bukan isi hati yang cintan-cintun tu
tapi isi hati ketidak puasan hati
dia kata saya sering lupakan dia
hehehe!
entahlah!
mungkin saya terlepas pandang mungkin
jadi saya nak memohon ampun.
dia ni saya kenal agak lama,dari kampus lagi
kami kenal dalam keadaan yang tak dijangka
kenal tetiba kenal
lepas tu boleh rapat pulak.
pelik kan?
dia lecturer dan saya student
tapi kami boleh jadi sahabat yang baik!
kadang-kadang dia ada waktu saya memerlukan,
saya je selalu takda waktu dia perlu.
hmmmm!
kejamkan?
tapi itu bukan niat saya,
kadang-kadang saya rasa saya tak patut masuk campur hal yang tiada kaitan dengan saya
sebab tak nak nanti orang cakap saya busy body!
diam itu lebih baguskan?
jadi
saya kena pujuk si lecturer ni agar tak merajuk!
pujuk?
oh mannn!satu kelemahan saya tu.
hehehe!
tapi saya cuba!cuba untuk memujuk agar takda hati yang disakiti lagi :)
kepada
Nur Farhana Bt Abd Wahid,
aku minta maaf kalau aku ada buat silap kat ko,
aku tahu selama ni aku ada sakitkan hati ko and buat ko kecik hati kan?
so dari hujung rambut sampai hujung kaki
aku minta maaf!
say cheeeseee! :)
aku tahu selama ni ko banyak tolong aku,
ko bagi semangat masa aku jatuh,
walaupun kita pernaha da kisah lampau yang mengecewakan
tapi ko tetap terima aku sebagai sahabat ko!
dan
aku hargai itu! :)
aku harap kita kan dapat jadi sahabat yang baik sampai bila-bila!
aku sahabat dan ko sahabat!
hehehe!
kan?:)
aku tahu kadang-kadang aku comel sangat sampai buat ko ketawa.
tapi nak buat cane kan?
aku tak dapat nak kawal kecomelan aku neh!
atototo!
aku redha dengan pemberian Allah!
waahhh! :D
walaupun kadang-kadang ketamilan ko tu buat aku annoying.
tapi aku nak ko tahu,
hanya ada sorang je T.A.M.I.L untuk aku,
iaitu ko!
si Tamil yang gedikkss :P
HAHAHA
jangan marah keeyh! 
nanti cepat tua!
ok la,sampai sini je aku nak tulis.
hope kita 0-0 keyh?
takda dah heart2 feeling bagai smua!
ketipakan semua itu!
ceeeyhhhh! :D

p/s : aku doakan ko menjadi seorang anak yang berguna untuk abah dan mama,semoga dipercepatkan jodoh,dilimpah rezeki yang melimpah ruah,dirahmati Allah dunia Dan akhirat!
:)
hope our friendship ni akan kekal sampai bila-bila :)
yeaaah!
*kekadang aku over tapi over tu comel*


nah gambar aku yang macho lagi bergaya untuk tatapan seantero dunia! :D