Friday, February 24, 2012

Jumaat!

        Sekadar Perkongsian Dari Pembacaan Saya.


         Ramai dikalangan kita yg tidak mengetahui kenapa diadakan solat jumaat, dan persoalan ini tidak pernah timbul di fikiran kita kenapa adanya solat jumaat? dan ianya wajib bagi kaum lelaki dan tidak bagi kaum wanita. persoalan ini bukanlah utk mempertikaikan kemahuannya, tetapi sekadar ingin mengetahui kenapa ia diwajibkn, tujuan utama solat jumaat adalah utk menyatupadukan ummah diantara kita dan merapatkn silatulrahim diantara kita tidak kira usia,pangkat,bangsa, mahupun harta, pada hari ini kita dapat melihat bahawa kita adalah sama dimatanya, pangkat, darjat dan harta hanyalah kurnia yg dipinjamkan @ diberikan kepada mereka yg memilikinya dan ianya juga adalah satu dugaan. sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha berkuasa dia memberikan rahmatnya kepada siapa yg dia kehendaki. solat jumaat juga adalah bertujuan utk kita ingat mengingati diantara satu sama lain supaya mempertingkatkn ketakwaan dan keimanan kita padanya. kita seelau dengar pada permulaan khutbah jumaat "mimbar ingin berpesan marilah kita meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita pada ALLAH S.W.T"
       
       Tujuannya mimbar selalu menyebut perkataan ini adalah bertujuan untuk mengingatkn kita bahwa kita ini sentiasa berada dalam kelalaian, dan tahap keimanan kita ada pasang surutnya. kita selalu leka dan alpa dgn tugas dunia dan menyebabkan kita lupa akan hari akhirat, disebabkan inilah kita disuruh utk pergi kemasjid-masjid utk kita berpesan-pesanan di antara satu sama lain supaya kita kembali ke pangkal jalan sebelum kita lebih lalai dan leka dgn kehidupan di dunia.Salah satu lagi tujuan kenapa kita diwajibkan pergi menunaikan solat jumaat (kaum lelaki) adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang lelaki adalah sebagi pembimbing didalam keluarga apabila kita sudah mendirikan rumah tangga kelak, nasib ahli keluarga kita bergantung pada kita segabai pembimbing, sama ada dijalan yg lurus mahupun terpesong dari landasan yang benar. sekiranya kita tidak dapat berada dijalan yang benar, bagai mana kita hendak membimbing keluarga kita??
     
        Apakah tujuan khutbah jumaat?? khutbah jumaat mengandungi rahsia-rahsia yg terdapat didalam al-quran dan hadith, didalam khutbah jumaat mimbar akan memperdengarkan ayat-ayat al-quran dan hadith kepada kita, ia mengandungi maksud yang tersirat dan tersurat, dan jgnlah kita terlepas dari mendengarnya, seelok-eloknya kita memberi tumpuan pada setiap yang disampaikan oleh mimbar supaya ia dapat mendekatkn lagi kita pada ALLAH s.w.t. inilahlah tujuan yang sebenar yang hendak disampaikn oleh Nabi kita MUHAMMAD s.a.w. kepada kita supaya kita sentisa mengingati,bertakwa dan beriman kepadanya. sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui hamba-hambanya dan dia lebih mengetahui apa yg kita tidak ketahui, dan setiap kejadian tiada sia-sia. solat jumaat itu bermula dari azan zohor yang pertama sehinggalah sudahnya menunaikan solat jumaat, dan jgn lah kita melengah-lengahkn utk mengerjakan ibadah kita dengan sengaja, sesungguhnya orang yg melengah-lengahkn utk menunaikn ibadah adalah dikalangan orang-orang yg rugi, dan banyakkan lah kita berselawat dan bermohon keampunan pada hari jumaat mudah-mudahan kita mendapat keradaannya. 

Monday, February 6, 2012

Si Tukang Cakap !

Minggu ni macam jadi kat aku.
anatara yang paling best ialah aku pergi audition ON-AIR Aznil!
feuuuuhhh~
gempak siot,first time dalam hidup pergi ujibakat tuh!
sebelum pergi macam-macam halangan aku lalui kot..
antaranya aku tersalah station LRT!malu mak~!hahahah
then dah la salah,org lak ramai dalam tuh..terpaksa berhimpit sampai kaki aku kena pijak!
ouchhh!sakit bangat la~tapi aku buat muka senyum jer kat mamat yang pijak kaki aku tuh..
REDHA jer la kan?
akhirnya aku sampai kat umah pak cik aku!
bermalam kat situ sebab esoknya pagi-pagi nak pergi audition..
urmm!
pagi-pagi lagi aku dah bangun!
semangat beb~
so jam 8.30 pagi aku dah terpacak kat depan north-entrance Astro,Bukit Jalil!
bangga sikit sbb aku skang depan astro gitu~
org yang datang punya lah ramai..
jam 9 kitaorg dah boleh masuk dalam..
beratur amik borang semua bagai!
time nih aku panas hati sebab lagi empat org nak tiba giliran aku..
kakak comel tu cakap
"maaf semua,borang dah habis sebab kami hanya provide sbnyak 250 jer"
aku frust!aku frust! aku frust!
tetiba!
abang yang ala-ala macho menyelamatkan keadaan bersuara!
"tak pe,pukul 11 nnt dtg balik kita bagi borang tapi terhad pada 75 orang sahaja"
lega hati aku dengar!
semangat datang berkobar-berkobar!
yeaaaahhh!inilah masanya aku nak gunjuk bakat aku yang ada!
then aku ngan kawan aku ida rahaman pun menunggu sampai pukul 11 pagi..
hang nak taw!manusia punya ramai la time tuh!
sambil tunggu gate bukak aku n ida jumpa kawan baru!
serius kelakar sangat dorang..main tegur-tegur jer
tapi cam dah kenal 18 tahun kau!
hahahahaha
pagar bukak jer,semua orang berebut!
aku tersepit kat tengah!
argggghhh!ternoda kejap..kahkahkahkah
ida pun buat dramatik dia dengan berlakon sakit..
aduh-aduh!aduh!tidakkkk~
then kakak yang incharge tu cam kesian kat kitaorg..dia pun bagi kitaorg masuk!
lalalla..korang ada?xda kan?!
akhirnya.aku dapat borang!
rase cam nak jerit jer..tapi aku amik dengan lafaz bismillah!
(tu pon pak guard tu suruh,aku lupa smua tu dah)hehehe
aku isi borang and menunggu!
dapat number giliran 1567!
cantik kan number aku?
aku n ida kena tunggu sampai ke malam..
sambil tunggu cam2 benda kitaorg buat dengan kawan baru..
aku,ida,azma,remy dan shah!
kami berlima!
buat sesuka hati aku jer kan?
kitaorg bentang tikar kat tepi jalan n bersantai..!wah macam picnin gitu~
hahahhaa
jam 10 aku masuk ke bilik audition!
serius aku langsung tak gementar!
aku masuk dengan penuh semngat KEJANTANAN!
hahaha..
then aku masuk jer Suhaimi sulaiman tegur aku!
dia cakap nama aku sedap sangat!
dia tanya ape yang ada kat aku selain nama aku yang sedap?
then aku just cakap..
saya suka benda yang mencabar!
saya tak akan kenal penat selagi apa yang saya nak saya tak dapat..
Suhaimi Sulaiman hanya mampu cakap!
"WOW"
then aku pun buat ape yang aku nak buat!
dia cakap..
"abzel boleh tak buat macam abzel cakap dengan kawan2,then sy tak nampak senyuman pada abzel"
dia nak aku cakap cam aku cakap ngan kawan2!
dia nak aku senyum!
aku dah nak tercabut mulut senyum!
then aku buat sekali lagi,,.
dia cakap yang aku punya sangat lemah!
mana tak..tunggu dari kul 8 pagi sampai kul 10 malam!
aku rase tu aku dah buat yang terbaik kot!
aku tahu aku boleh buat..
tapi mungkin rezeki aku tak da kat sini bila dia hanya cakap..
"maaf"
aku tak kecewa tapi aku bangga!
aku bangga yamg aku boleh tunjuk apa yang aku ada!
aku dah buat apa yang aku nak!
InsyaAllah Satu Hari nanti apa yang aku nak tercapai..
ida n kawan-kawan aku yang lain pun xdapat!
tapi!
kitaorg tak kecewa!
kitaorg bangga!
sebab ini baru perjalanan bermula!
kegagalan adalah titik bermulanya kejayaan!
aku bangga dengan diri aku!
aku puas dengan apa yang aku buat!
sebab!
aku JATUH CINTA dengan Dunia Pengacara!
doakan aku berjaya suatu hari nanti sebab itu impian aku!

aku puas hati sangat!
aku dapat jumpa Pak NiL depan mata,
aku jumpa Suhaimi Sulaiman,
Dapat lihat kejelitaan Wan Zaleha Radzi!
dapat tengok abg asrul yang jaga budak2 AF!
jumpa Aerul Af9!
Peserta Raja Lawak enam!
Dan Paling Bangga!
aku Berjaya Untuk ON-AiR!

Alhamdulillah! :)

p/s:thank untuk abah dan mak yang banyak berkorban,semua ahli keluarga yang banyak menyokong..
kawan-kawan yang memberi sokongan 
dan juga!
kawan-kawan yang mengejek dan memeperli!
itu semua cabaran dan semangat untuk aku!


One Day!
Rizairul Abzel!

Akan Jadi Pengacara! :)


Bila Aku Jatuh Cinta By Awie Rafael!

Bisakah ku tanpamu
Bilakah ku tanpamu
Hatiku mulai rapuh, hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah
Hanya untukmu


Relakah ku tanpamu
Relakah ku tanpamu


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu
Akan ku tulis lagumu
Akan ku katakan kata-kata indah


Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu
Menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah







Friday, January 20, 2012

Ainul Mardiah Bidadari Syurgaku~

Bidadari Syurga ♥

Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)

Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)

Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)

Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)

Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)

Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)

Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)


~NIKMAT SUNGGUH JANJI ALLAH~

Friday, November 4, 2011

Ajarkan Aku Bahasa Cinta!

Ajarkan saya bahasa cinta kita!
Orang tak akan tahu mengapa kita jatuh cinta bukan?
tapi orang akan tahu yang kita sudah jatuh cinta..
kadang-kadang sesetengah orang tak tahu apa itu cinta dan ingin belajar tentang cinta..
cinta tu senang jer nak lafaz tapi susah nak buat!
sebab bila kita dah bercinta susah untuk kita handle cinta tu..
kenapa?
sebab ada saja yang akan datang dalam ccinta kita tu..
ajarkan aku bahasa cinta..
bermaksud tolong ajarkan saya bahasa cinta yang awak cuba beri..
sebab kadang-kadang saya tak faham apa yang awak maksudkan dengan cinta tu..
sayang atau betul-betul cinta?
jadi ajarkan saya bahasa itu sebab dekat sekolah dulu saya tak sempat nak belajar..
awak,
jangan mudah ungkapkan yang awak sayangkan saya jika awak sendiri tak pasti..
awak pasti dengan apa yang awak ungkapkan?
saya ni tak ada apa-apa harta pun..
cuma saya ada awak..
saya nak awak ada untuk saya sampai bila-bila..
adakah itu salah satu bahasa cinta yang awak cuba ajarkan?
bila saya tanya saya ni siapa bagi awak,
awak jawab saya ni manusia..
saya ni manussia apa?
awak jawab lagi yang saya ni manusia "someone speacial"
adakah itu juga bahasa cinta yang awak ingin ajarkan kepada saya?
susah juga yer kalau ingin belajar bahasa cinta?
tak semudah untuk belajar bahasa melayu sebab bhasa cinta ni hanya antara dua hati..
awak gurunya dan saya muridnya!
itulah yang dinamakan cinta..
komunukasi dua hala antara dua manusia..
awak,
bukan senang jugakan kalau kita tak faham antara satu sama lain jika kita ingin belajar bahasa cinta?
jadi ajarkan saya untuk faham awak dalam bahasa cinta kita..
usaha salah tafsir apa itu cinta,.
cinta tu kan sayang?
betul ker?
Tolong ajarkan saya lagi tentang bahasa cinta mengenai itu!
yang saya tahu,saya sayang awak sangat-sangat!
dan saya hanya ada awak selain keluarga saya..
dan itu harta saya paling tak ternilai..

awak!
Ajarkan saya bahasa cinta kita!

p/s: tak semudah itu saya boleh melupakan awak setelah apa yang kita ada selama ini dan sebelumnya.. :)

Khas Untuk Awak,Manusia "someone speacial"


Wednesday, October 26, 2011

Modelling Itu Minat Saya!

Saya Bercita-Cita Untuk Jadi Seorang Modelling Satu Hari Nanti!
Saya Bukan Berangan!
Tapi Saya Akan Buktikan Untuk Ia jadi Kenyataan!
Jom Layan Apa Usaha Saya Setakat Ini!














Ini baru sikit sahaja..
nanti saya akan update yang seterusnya..
korang doakan saya untuk jadi yang terbaik yer!

Saturday, July 30, 2011

Oh Ramadhan! :)

1 ogos 2011
hari pertama bulan puasa..
sekali lagi aku akan mulakan bulan ramadhan kat unisel nih..
sepanjang belajar kat sini ini kali ketiga berpuasa kat unisel yang tercinta..hehehe
sedihkan bila dengar puasa tanpa keluarga tapi kat sinilah kita nak pupuk sikap berdikari kita..
merasai bulan ramadhan yang penuh dengan cabaran di alam kampus yang sangat penuh cabarannya!
bersabar jer la abzel!
tak lama pun puasa tu kan?
untuk semester akhir nih kelas mmg padat sgt2!hari isnin jer xda kelas sbb mmg hari cuti fakulti.. :)
serius aku cam kelam-kabut sikit untuk semester nih..
banyak benda yang harus aku buat!
terutamanya praktiakl punya pasal..
pening la..hahaha!
tak tawu nak praktikal kat mane...
korang ada idea x?
lepas praktikal aku dah fkir dah nak wat pe..
aku nak smbung dgree dlm course communication kat uitm!
macam terlari jauh berkilo2 meter jer kan dr bidang aku skang nih!
tapi HOP aku yang baik hati 2 dah nak tolong aku dptkan tempat utk course 2!
jadi apa lagi kan?pucuk dicita ulam mendatang..
kalau dia sudi,stadium bukit jalil aku tadahkan!hahahha
mak aku pun penah cakap,xmenyesal ker amik kos aku yang skang nih sbb tangan aku nih tgn kayu!hahah
then aku ckp la,xsemestinya kita akan kerja dengan apa yang kita belajar..
betulkan kawan-kawan??
sebut pasal mak,aku sangat rindu dekat mak!
lagi2 dah nak puasa nih!aih!bila la nak dpt rasekan msakan mak time bulan pose nih!
tapi minggu depan aku nak balik!
tak ada sape yang boleh halang aku untuk balik yer!
sekian terima kasih!hahaha
bila balik ipoh nanti banyak benda yang aku dah plan nak wat..
terutamanya jalan2 shopping raya!
bila lagi nak habiskan duit mak n abahkan?kahkahakahakah!
aku memang gyler+mereng dengan shopping!
tak tawu la apa nak kata!
penyakit kronik betullah! :P
jadi!
Aku  nak wish Selamat Menyambut Bulan Ramadahan!
semoga korang semua diberkati Allah..
Jom Bolot puasa ramai2!
sekian,

Saya Muhamad Rizairul Abzel Melaporkan Untuk Danish Adam Zariel Entertaiment!
wah!
berangan kau! :P





Thursday, July 21, 2011

entry gatal-gatal! :P

Assalamualaikum encik blog!
dah lame tak singgah kan?
mesti dah merajuk nih!hehehe..
entry kali nih plak pasal kehidupan aku kat unisel nih untuk semester akhir!
dah sem last dah dia nih!dasat 2...hahha :P
unisel nih xda bnyak bezanya walaupun dah dekat 4 bulan aku tak tngok!
xda perubahan pon kecuali student yang makin ramai dan facilities yang ada sedikit bertambah!
hehehhe...
aku semester nih duk kat block siswa kat block A5!block yg bnyak sgt kenangan bagi aku!
nak tawu tak ape kenangan 2?
hahahah!rahsia lar!mane leh bg tawu korang! :P
kelas minggu first nih tak mula lagi..so aku agak bosan la ibarat mnggu buah yang tak gugur!
tapi..
berita baik sem last nih ialah aku dipilih menjadi presiden bagi persatuan pembimbing rakan siswa!
terbaikklaaaahhh!
nak jadi kaunselor la konon!
tapi hampeh jer kan?hahahhaha...!
hah!pasal hubungan aku dengan si dia lak makin bertambah sayang dan gembira walaupun dia bz dengan kerja2 dia,tapi aku faham!so aku ikot jer gerak-geri dia!
aku still sayang kat dia gila nak mati lah!
korang nak tawu sape?hahahah
adalah..orangnya ialah >>>>>>>>!(lu pikirla sendirikan)
sawan aku dibuatnya!kihkihkih!
setakat ni jer kot yang aku leh citer!sebab xda bnyak citer sgt pon! :P




mood;akurindudiasangat-sangatmcamnakmatinih!tolonggggggg! :p