Wednesday, January 2, 2013

Bye 2012,Hye 2013 :D


Dalam tak sedar 2012 dah pun berakhir.
kina tiba pulak 2013 satu tahun lagi yang perlu aku lalui dengan cabaran! :)
tentang 2012,
banyak benda yang berlaku sepanjang tahun tu.
aku kena suka,duka,ceria,sedih,kecewa dan bahagia.
tapi itu cuma satu kisah yang haru dijadikan pengalaman hidup.
tanpa pengalaman hidup,
hidup ibarat kosong tanpa makna! :)
kan?
permulaan 2012 yang sangat best.di pertengahannya bahagia.
dihujungnya kecewa :)
tapi 2012 ada penutup yang menarik.nanti aku ceritakan :)
so!
SELAMAT TAHUN BARU 2013!
semoga di tahun baru ni kita semua ada satu azam baru yang harus dicapai!
aku doakan korang semua capai ape yang korang nak!
2013,umur aku dah cecah 22 tahun.
muda lagi kan?
tapi sebenarnya dah tua,
orang selalu cakap umur tu cuma angka.
tapi sebenarnya peningkatan umur tu untuk kita sedar siapa diri kita :)
yela.umur dah meningkat,
tanggungjawab makin banyak,kehidupan makin mencabar
dan
pemikiran harus matang kan?
hidup perlu ada perubahan.tak kan kita nak ada kat takuk yang sama je!
hehehe :)
seperti kata seseorang yang aku panggil kak mas,
dia cakap dalam hidup kalau kita nak berjaya tak perlu tunggu benda yang tak pasti.
sebab kalau kita menunggu belum tentu kita akan dapat
sedangkan orang lain berkejar-kejaran dapatkan ape yang dorang nak!
itu yang membuka mata aku.
terfikir sejenak :)
so permulaan 2013 aku mula untuk focus on carier yang aku mahu!
hehehe!
so good luck to everyone for 2013! :D

MEET UP WITH TN 
penghujung 2012 yang menarik sebab  dapat jumpa sorang kawan twitter.
tak berapa kenal and rapat sebenarnya tapi berjumpa secara tak dirancang!
HAHA!
menarikkan?
actually memang tak plan.
tetiba kat twitter ajak jumpa then jumpa la kat mid valley!
best sebab dapat makan sesama
jenjalan sesama
tengok wayang citer CZ12 yang agak lamak tu
sampai mengigil kat dalam wayang tu sebab sejuk!
TN tu seorang yang baik
senang nak berinteraksi dengan dia
happy go lucky dan boleh bergurau
and
easy going!
tu je yang boleh dapat dirumuskan tentang dia!
HAHA
but hari ini
something happened yang tak leh nak cerita...
biarkan benda tu terjadi dan berlalu je.
sebab aku tak leh nak judge kenapa jadi cam tu.
maybe bersebab,
it's ok :)
dah biasa !
senyum je la mampu!

PERMULAAN 2013 YANG OHSEM! :D

excely untuk 2013 ni ingat nak stay la kat KL untuk cari kerja ke ape.
then tetiba dapat email dari RHB untuk next interview with exam!
so kena la balik ke ipoh semula!
then hari ni pergi la interview tu 2.1.2013!
hahaha!
tak tahu la cane kan?
hopefully dapatlah!
doakan taw :)
dan lagi satu tengah tunggu interview untuk mas kargo!
next week maybe!
hope untuk tahun 2013 ni akan ada satu sinar kecemerlangan!
HAHA!

ok la korang!nnt kita jumpa lagi keyhh! :)

p/s : lagu kat atas tu sy ada request someone untuk nyanyi.then tujukan lagu tu untuk dia! HAHA :P
byeee! :)

peti mesej : ada orang cakap dia stalker blog saya.and dapati banyak typo!sorry,typo dan saya memang tak 
leh nak dipisahkan lagi!ibarat ombak dan pantai!HAHA :P

1 comment:

  1. KISAH YANG TIDAK SEMPURNA

    Sebuah sisi kehidupan ku jalani begitu berat
    Dunia ini memiliki segala
    Yang berhak dimiliki semua orang
    Tetapi rasanya bagiku begitu mahal
    Apakah aku tidak pantas memiliki itu?

    Hanya sebuah pertemuan
    Tidak begitu banyak tuntutan yang aku punya
    Melihat sinar matamu sudah cukup bagiku
    Agar dapat ku rasakan ada nafas baru dalam dirimu
    Yang membuatku yakin
    Kalau aku pantas menyayangimu

    Namun, takdir membawaku pada kondisi seperti ini
    Selalu saja kesempatan membuatmu pergi dariku
    Pernahkah engkau bertanya pada dirimu
    Adakah sedikit waktumu untukku?

    Begitu mudah takdir menggariskan kisah ini
    Kisah yang ingin ku lalui bersamamu
    Telah buram dengan hadirnya dia didekatmu
    Menjadi renggangan jarak antara kita

    Kadang terpikir seseorang yang ada di dekatku
    Tapi masih saja anganku terbuka untuk sosok dirimu
    Sosok yang sama dari waktu ke waktu
    Sosok yang ingin ku dekat disisiku

    Jika memang langit masih berpihak kepadaku
    Walau masih membawa kehampaan perasaan
    Akan ku putuskan untuk menjalani kisah ini
    Meskipun kisah ini adalah.....
    Kisah yang tidak sempurna

    ReplyDelete