Sunday, May 22, 2011

Aku,kamu Dan pertanyaanku...

Tuhan mengapa kau pertemukanku dengannya
jika pertemuan itu hanya membuatku terluka
mengapa kau tumbuhkan cinta dihati ini
jika cinta itu hanya membuatku kecewa
mengapa semua ini harus terjadi kepadaku
sudah cukup aku merasakan pedih ini
tuhan jika boleh aku meminta
aku ingin mengenal dirinya lebih dekat
aku ingin dia merubah sikapnya padaku , yg selalu membuatku kecewa

Tuhan jika boleh aku berharap
aku sangat ingin memilikinya
Tuhan jika boleh aku jujur
sungguh aku merindunya
Tuhan izinkan aku merasakan dan mendapatkan semua itu
walau itu hanya untuk sekejab saja
tapi jika engkau tidak mengizinkan
jauhkanlah dia dariku
bila dia teruz didekatku
hanya membuatku terluka dan rapuh

Ainul Mardiah.."mata Yang diredhai"

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, makadia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat  yang lain.Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan  keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan  muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab "inilah syurga". Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... Disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab Tidak... saya khadamnya,ainul mardhiah ada di dalam singgahsana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang  cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab. “Tidak saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengagumkan... lalu dia sampai ke  satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...

“akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku....bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... “nanti kamu belum syahid  lagi’’tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi. Tapi sekiranya dia  shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka  (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabiMuhammad saw dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.Akhirnya nabi Muhammad saw berkata“memang benar cerita sahabatkamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Ainul Mardiah!

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah… … :
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya – bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .

Sundae!itu kamu..

Hai McflurrY!cerita kali ni pasal sundae...alar sundae aiskem mcd 2..hahah!xdala..sundae ni peneman hati aku.aku terjatuh cinta kat dia sbb main tarik tali..tarik punya tarik,aku tertarik lak hati dia..haha!gedebush!jatuh cinta..wink~~pd mulanya smuanya indah tapi makin lame mcm2 rintangan yang kami tempuhi..tapi aku suka dan aku bhagia sbb sundae ttap kuat bersama aku..thanks sundae!ILY..

Tapi sejak kebelakangan nih kami asyik gaduh..aku pun xtawu nape..mood aku tunggang terbaik..erm!semoga Allah selamatkan hubungan kami..aku sayang dia..dan mula syang dia..hurm!mungkin ini terjadi sbb luka dln hati aku masih lagi berdarah..kejam ker aku bila aku menjadi sperti ini?mungkin hati aku xsame mcm org lain..aku bila kecewa payah nak sembuh,bila dah syg payah nak lepaskan...hanya Allah saja yang tahu hati aku nih...ape2 pun sundae,jgn risau sy akan tinggalkan awak selagi dalam hati ada awak...saya minta maaf sbb xjd yg terbaik utk awak...



p/s:abah sundae nak jumpa aku..weee~~

Saturday, May 21, 2011

Tanya Sama Hati

Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.
p/s:lagu nih utk someone yang aku syg..syg awak!sbb suka hati sy lar..heheh


Tuesday, May 17, 2011

Aku Yang Mana Satu...ciri lelaki idaman wanita...!

1. Lelaki tulin.
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
2. Lelaki yang berharga.
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
3. Lelaki yang teguh jiwa.
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
4. Lelaki yang sederhana.
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
5. Lelaki yang cantik.
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
6. Lelaki yang punya pendirian
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
7. Lelaki yang kemas dan bersih. 
Menjaga kebersihan serta rapi. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
8. Lelaki yang cerdik.
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
9. Lelaki yang cekap.
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
10. Lelaki yang bijak.
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
11. Lelaki yang tabah. 
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
12. Lelaki yang berwawasan.
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
13. Lelaki yang baik.
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
14. Lelaki yang sopan.
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
15. Lelaki yang mengasihi. 
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Suatu masa,wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
16. Lelaki yang ceria.
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.