Wednesday, February 20, 2013

Nescafe Kurang Manis Satu !




Lagu ni aku pilih untuk post kali ni sebab best !
Angin Syurga By Misha Omar !


Pejam celik pejam celik je dah bulan february kan?
dah nak sampai penghujung dah
masa cepat berlalu sehingga kadang2 masa mendahului kita
kan?
rasa macam dah lama je tak update blog ni.
heeee !
busy sikit.sikit ker?
macam banyak jerr ! :D
dalam bulan february ni banyak benda yang berlaku.
meh nak story sat la !
hahahaha
dalam bulan ni ada satu tarikh special untuk aku.
iaitu 10 februari 2013
dimana pada hari and tarikh tu aku genap berusia 22 TAHUN !
tua kan?tapi still macam 17 tahun jer.
hahahah ! korang jangan nak jeles yer :P
so memang banyak la besday wish yang aku dapat dari family,kawan2,dan semorang yang kenal aku
heeeeeee !
besday boy kan?so banyak la dapat besday wishnyaa
so masa besday tu aku sambut dengan best friend zaman sekolah rendah aku
iaitu maisarah azulan,
dia belanja jenjalan.makan kfc,secret recipe then pusing2 ipoh !
seronok !
rasa tu besday yang best gak for me la !
then time besday tu jugak dapat jumpa dengan best friend time f4 and f5,afiq !
budak tu dah gemok bam bam dah dia !
dia skang cam berbeza la dengan zaman sekolah dulu.
lama gak tak jumpa si afiq tu !
dengan family lak just sambut dengan makan mcd !
adik aku yang anagh tu belanja ! yeaaay !
so sangat fun and happening gila!
jadi conclusinya aku dah 22 Tahun ! :D
hope diusia yang camni aku dapat buat sumthing yang berbeza dalam hidup.
aku nak tingkatkan taraf hidup aku supaya lebih maju dan selesa :)
ehh !
sebelum terlupa.
aku jumpa jugak dengan jiran a.k.a kawan twitter.
nama dia sani meow meow !
dia siap bawak lilin lagi kot !
tapi xda kek :p
hahahaha
so kitaorg just lepak main buaian sambil lihat pemandangan alam ! :P
hehehehe !

ini muka aku yang dah 22 tahun ! :))


comelkan?OkByee ! :P
then in this februaru yang sangat best dan sweet !
aku nak cerita gak pasal dua tiga empat kawan baru aku yang aku kenal kat dalam twitter.
antaranya ialah si Lolabi dan Cikeding !
tu aku gelarkan dorang sebab Lolabi tu beriya sangat yang dia tu gemuk !
then yang cikeding tu sebab dia kurus cam tulang !
HAHAHA!
so citer pasal dorang ni next post je la aku citer keyhh :D
then dalam bulan februari ni gak ada yang sambut besday cam aku.
antaranya Bff baru aku,
nama dia airiel khairil atau pun tim !
dia ni aku kenal tahun lepas kot.
dia bakal doctor muda yang belaja kat barcelona.
perangai dia cam aku gak !
suka bajet handsome and comel ! HAHAHA
tapi memang handsome pun kan?
so !
happy besday untuk tim yang ke 21 tahun !
:)
last one punya cerita
benda ni baru jer jadi semalam
cerita yang menduka citakan la bagi aku,
cerita pasal adik lelaki aku xcident
time dia nak g sekolah naik basikal dalam sekitar 6.45 pagi la
dia kena langgar dengan kereta kat jalan area rumah gak !
so nasib baik dia bawak phone.
dia kena je langgar terus dia call mak untuk bagi tahu,
mak aku pe lagi.terkejut tahap ape dah !
so kitaorg pun bergegas la pergi kat tempat dia kena tu.
sesampai je situ dia dah terduduk tepi jalan dan dikerumuni dengan pak cik,mak cik,adik,kakak,.abang dan so on orang yang nampak kejadian tu,
biasalahkan rakyat malaysia mana leh nampak excident,
lebih ramai tengok dari menolong ! HAHAHA
then yang langgar tu ialah budak muda yang drive kereta kancil ! :)
adik cakap dia laju time tu.then tak bagi tanda untuk belok kekanan.adik nak terus so memang baaangggg !
tak dapat nak diselamatkan la !
huh !
so aku and family aku bawak adik aku g sepital HRPB.Ipoh ! :)
then tunggu semua benda settle.dalam pukul 6 baru balik rumah !
penat gila kot !
bapak ngantuk time tu !
btw.aku g sepital tu tanpa mandi ! HAHAHA
then doctor cakap kaki adik aku patah dari atas punggung ke lutut,
patah dia lak patah serong !
then kaki dia kena simen
after dua minggu kena datang balik untuk check sekal lagi sama ada kena masuk besi or tak !
kesian la hero ni sorang !
hopefully dia cepat sembuh dan boleh jalan macam selalu !
inilah hasilnyaaa !
kami sempat bergambar :)
HAHAHAHA


dalam gambar tu semua orang mandi yer ! HAHAH
beriya kan adik beradik aku !
hahaha
so time ni la nak buli budak sakit ni ! HAHAHA
so get well soon bro !
love youu buchukk2 ! :)

itulah kisahnya di bulan februari yang indah ini !
banyak cerita dan tauladan yang boleh aku amik dari benda2 ni semua !
jap-jap !
btw,cinta aku berkahir di januari lepas ! HAHAHA
dengan ..... !
Hmmmm :)

so tunggu the nex post yer about lolabi and cikeding ! :)
bye semuaaa ! :D

3 comments:

  1. LEMBARAN DOA BUAT HARI LAHIR ADIKKU

    Ya Allah, Ya Tuhan kami..
    Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan.
    Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
    Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
    Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan.
    Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada kami..
    dan terlalu sedikit pengabdian kami terhadapMu.

    Engkau tetap menerima walau terkadang kami alpa, kami lupa, kami tersilap
    dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
    Namun begitu besar kasihMu..
    Engkau tetap melindungi kami walaupun terkadang kami kalut
    merungut ketika saat-saat lemah kami datang.
    Kami tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq
    walaupun terkadang kami terbuai dengan kesedihan
    dan kesakitan yang amat pedih.

    Ampunkan kami Ya Allah apabila kami merintih nasib kami di hadapanMu.
    Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus kami mengadu?
    Kami tidak pernah menyesali kewujudan kami ini Ya Allah..
    namun kami hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah.
    Adakalanya kami kurang kesabaran.
    Ada masanya kami goyah keimanan.
    Ada masanya kamio hampir terikut bisikan syaitan.
    Namun dengan limpahan kasih sayangMu,
    Engkau menarik kami kembali jauh daripada kesesatan.

    Dalam usia begini..kami ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman.
    Dalam usia yang semakin jauh ini..kami ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim.
    Dalam usia semakin meningkat ini kami ingin sekali
    menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik.
    Yang kami inginkan hanyalah ketenangan, kekusyu’kan beribadah,
    segala kesederhanaan dan kerendahan hati
    tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi..

    Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..
    pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran.
    Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, kami takkan mungkin mencapai sempurna,
    tapi kasihanilah kami..bimbinglah kami sentiasa agar kami mampu meniti titian siratulmustaqimMu
    dengan tenang dan mudah tanpa cela..

    Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepada kami agar kami mampu terus berkongsi ilmu,
    agar kami terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah
    walaupun hanya menggunakan tinta nurani kami.
    Atau lafaz kata yang tak seberapa
    Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar kami mampu
    terus memacu kalam keinsanan
    sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

    Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untuk kami.
    Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya.
    peliharalah kami agar terus berpegang teguh pada taliMu..
    Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhan kami..

    Amin Ya Rabbul 'Alamin....

    ReplyDelete
  2. Februaru pun boleh abzel.. hehehe..

    ReplyDelete