Monday, February 14, 2011

Taubat Hati

Selangkah demi selangkah kaki aku turutkan
Entah ke mana haluan yang akan aku tuju
Hati yang kosong ini ku bawa jua
Penuh kelukaan,penuh kesakitan
KAU biarkan aku dengan dugaan yang maha hebat
Hanyut aku dalam kesedihan
Tembok kekecewaan mula mengukuh di hati
Yang terhampar di hadapanku hanya rasa putus asa
Entah bila sahaja aku hampir tersungkur
Tiba-tiba jiwaku pula bagaikan tersentak
Deras air mata mula membasahi pipi
Rasa keinsafan mula membekas di lubuk hati
Ya Allah,betapa aku terlupa akan kekuasaan-Mu
KAU yang maha berhak menguji hamba-Mu
Ampuni aku atas segala khilaf dan dosaku
Tunjukkanlah hatiku jalan kebenaran
Moga taubatku ini diredhai oleh-Mu....

No comments:

Post a Comment