"Abah"
dalam dunia mesti semua orang ada abah kan?
abah atau panggilan lain ialah ayah,bapa,papa,daddy,walid,abi atau ape sahaja yang
melambangkan dia abah kita
tapi untuk saya,saya panggil abah :)
abah,
aku kenal sejak 10 februari 1991
sejak aku dilahirkan sampai sekarang
hanya dia yang aku panggil abah
tiada orang lain sehebat dia
sebab dia hero aku dunia dan akhirat
selain emak yang aku sayang
abah ialah orang yang paling rapat dengan aku
tanpa abah aku akan rasa dunia aku kosong
abah adalah segalanya untuk aku
sebab abah aku ada di dunia ni
sebab abah aku membesar dengan sempurna
sebab abah aku jadi manusia
sebab abah aku kenal apa itu kehidupan
aku tak dapat bayangkan kalau hidup aku tanpa abah
sebab abah adalah pelindung keluarga aku
abah juga pemberi inspirasi untuk aku
abah jugak pemberi semngat untuk aku
walaupun kadang2 aku akui yang aku selalu tak dengar cakap abah
tapi jauh disudut hati aku tak berniat untuk kecewakan abah
bagi aku
aku nak bahagiakan abah
sempurnakan hidup abah dan emak
dan
membahagiakan mereka
abah bagi aku seorang lelaki yang paling kacak
abah juga seorang lelaki yang bertanggungjawab
abah jugak seorang lelaki penyeri keluarga
tanpa abah,siapa aku?
tanpa abah wujud ker aku kat dunia ni?
abah juga idola aku
aku nak jadi sekuat abah
segagah dia dan punyai prinsip hidup seperti dia
sebab apa?
sebab dia
ABAH
aku :)
Ramli Bin Ibrahim
itulah abah aku
dilahirkan pada 17 Januari 1967
jadi untuk tahun ni abah sambut besday yang ke-46 tahun !
yeaaay!
sempena ulang tahun hari jadi abah
aku nak doakan
semoga abah panjang umur
murah rezeki
sentiasa sihat
sentiasa ada untuk aku dan keluarga
sentiasa jadi hero aku
sentiasa ada untuk kami
sentiasa jadi penghibur kami
semoga Allah panjangkan umur abah
kalau boleh biar aku yang pergi dulu sebelum abah
sebab aku tak boleh hidup tanpa abah !
aku sayang abah sangat!
sangat! sangat! sangat! sangat!
tak terkira sangat dah tu :) heeee !
Terima kasih sebab buat along terharu sangat ada bapa macam abah !
along sayang abah sangat ! :)
korang selagi korang ada abah and mak
hargailah dorang sebelum terlambat
dorang tak harapkan apa-apa pun dari kita
dorang cuma harapkan yang terbaik je !
peaaceeee !
SELAMAT HARI JADI ABAH !
Along,Mak,Angah,Yan,Adik sayang abah ! you are our HERO !